Hari ini saya berminat untuk kongsikan kepada pembaca dalam segment tip percutian kali ini adalah 5 tempat penginapan menarik di melaka anda patut cuba. Memandangkan musim perayaan Hari Raya bakal menjelma, kadang-kadang saya sebagai orang melaka pun memang mencari tempat penginapan menarik di melaka untuk bawa keluarga bercuti. Bak kata orang sambil Raya sambil bercuti.
Untuk pengetahuan pembaca sebelum ini saya ada kongsikan 10 homestay melaka ada kolam renang untuk anda yang memang mencari homestay yang boleh memuatkan ramai orang dan mempunyai kemudahan kolam renang.
Antara tempat penginapan menarik di Melaka anda patut cuba adalah seperti di bawah:
1) Silverscape Luxury (SEAVIEW + POOLVIEW)
sumber foto dari hattencitysumber foto dari Arbnb
- Tempat ini terletak di kawasan tidak jauh daripada bandar dan berhampiran tepi laut. Anda boleh menginap menggunakan perkhidmatan Airbnb untuk booking dan mendapatkan harga yang menarik. Tarikkan Silverscape ini adalah banggunan yang di bina ada 2 menara dan di atas nampak macam boat panjang. Selain itu juga, jika anda menginap menggunakan perkhidmatan Airbnb, anda boleh juga menggunakan semua kemudahan yang di sediakan di tempat anda menginap seperti gambar yang di atas iaitu kolam renang, steam dan sauna, ada taman kanak-kanak, gelanggang squash, BBQ area dan pusat gimnasium.
- Selain itu juga, di bawah tempat penginapan di Silverscape ada juga Shopping Mall. Anda yang malas nak keluar jauh-jauh, boleh turun menggunakan lift ke tingkat bawah untuk jalan-jalan di sekitar Mall. Menarik bukan ?
- Macam mana nak booking untuk menginap ? di sini saya berbesar hati untuk kongsikan kupon khas kepada anda yang membaca post ini. Kupon ini sah jika anda belum pernah menggunakan perkhidmatan Airbnb sebelum ini. Jika sudah pernah tapi nak guna juga kupon ini anda kene register guna email yang lain la. Langkah pertama, Sila klik link ini dan daftar [Klik Sini]
- Seterusnya, selepas anda telah membuat pendaftaran anda boleh mula cari menggunakan kata kunci Silverscape dan selepas itu akan keluar banyak yang menawarkan perkhidmatan penginapan Silvercape di Melaka.
2) Bayou Lagoon Park Resort Melaka
sumber booking.com
- Antara tempat penginapan menarik di Melaka anda boleh cuba adalah di Bayou Lagoon Park Resort. Kalau anda sudah bekeluarga, pasti tempat ini akan menjadi satu kewajipan untuk anda menginap di sana kerana kemudahan yang terdapat di sana mempunyai taman tema air yang menarik untuk anda menghiburkan anak-anak dengan bermain air dan kemudahan yang ada di bayou lagoon. Pakej menginap biasanya akan percuma masuk ke taman tema, tapi sebelum buat keputusan semak semula dengan orang yang anda booking untuk menginap di Bayou Lagoon berapa tiket yang dapat masuk percuma di taman tema air Bayou Lagoon.
- Harga tiket untuk masuk tidaklah terlalu mahal hari biasa untuk Dewasa : RM22.00 dan kanak-kanak : RM16.00 manakala hari minggu untuk Dewasa : RM28.00 dan kanak-kanak : RM20.00.
- Untuk tempahan anda boleh menggunakan perkhidmatan Agoda [klik sini]
- Lagi satu , jika anda ingin dapatkan diskaun untuk tempahan yang ramai boleh gunakan kupon diskaun yang saya berikan menginap di Airbnb. [klik sini untuk dapatkan]. Selepas itu, daftar dan buat carian menggunakan kata kunci Bayou Lagoon Park Resort Melaka.
- Anda boleh melihat video gambaran tempat di ini melalui video di bawah :
[su_youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=qwlXaDJnutw&t”]
3) Gold Coast Malacca International Resort, Melaka
sumber foto dari laman gcr
- Selain Bayou Lagoon Park Resort Melaka, Gold Coast Malacca International Resort di Melaka juga mempunyai tarikan yang tersendiri.
- Dengan kemudahan taman tema air di Gold Coast Malacca International Resort membuatkan tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga anda berminat untuk rancang buat family day di Melaka, tempat ini mungkin boleh jadi salah satu tempat pilihan buat anda.
- Untuk tempahan, anda boleh terus melalui Agoda melalui link ini [ Klik sini ]
- Anda boleh menonton video di bawah untuk melihat gambaran suasana di sekitar Gold Coast Malacca International Resort di Melaka.
[su_youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=q20Wx_vU6aI”]
4) Casa del Rio Melaka
Sumber Agoda
- Jika anda mencari tempat yang eksklusif dan terletak berhampiran dengan pusat Bandar Melaka, anda boleh cuba menginap di Casa del Rio Melaka. Keunikkan tempat ini sangat menarik, dengan seni binaan banggunan dan bilik penginapan yang sangat elegan. Berhampiran Melaka River merupakan tempat ini telah menjadi salah satu tempat penginapan pelancong.
- Lokasi tempat ini sangat strategik kerana berdekatan dengan jonker walk yang mana tak jauh dari hotel ini.
- Jika berminat untuk membuat tempahan anda boleh Klik mealui link ini [ Klik Sini ]
5) Philea Resort & Spa
sumber Agoda dan booking.com
- Philea Resort & Spa mempunyai lokasi yang sangat strategik kerana berhampidan dengan jalan keluar toll ayer keroh. Pasti anda tidak perasan kerana tidak jauh dari situ ada hotel yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk merek yang sukakan tema hutan dan alam semula jadi. Kepada mereka yang rancang percutian bulan madu, tempat ini sangat sesuai untuk anda kerana memunyai kemudahan seperti spa dan mempunyai bilik yang sangat menarik.
- Tidak jauh dari hotel ini, anda boleh berjalan-jalan di lokasi seperti taman rama-rama, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Zoo Melaka, Muzium Lebah, Taman Buaya dan banyak lagi tempat menarik yang berhampiran di sana.
- Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh klik melalui link ini [ Klik Sini ]
- Anda boleh menonton video di bawah untuk melihat keadaan sekitar tempat ini .
[su_youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=nnrJE-KbmPE”]
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan antara tempat penginapan menarik di melaka yang patut anda cuba bila sampai di Melaka. Sebenarnya ada banyak lagi tempat penginapan menarik, cuma setiap orang ada pandangan masing-masing dan pendapat. Jika anda ada tempat lain yang menarik boleh kongsikan di ruangan komen. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan dan rancang percutian anda.
View Comments