Isi Kandungan
Pada 16 Julai 2018, pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) telah mengumumkan bahawa untuk perlaksanaan penangguhan bayaran balik, peminjam perlu mengemukakan maklumat pendapatan secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN. Tarikh yang telah di tetapkan untuk tempoh mengemaskini maklumat pendapatan ini adalah sebelum 25 Julai 2018 iaitu pada hari rabu.
Sumber dari Laman Facebook PTPTNOfficial
Berikut adalah sidang media oleh PTPTN
Sumber daripada laman web PTPTN
Berita baik kepada mereka yang tidak sempat untuk lakukan process kemaskini pendapatan peminjam PTPTN pada tarikh akhir 25 julai 2018, sudah di umumkan sendiri melalui laman web PTPTN dan facebook page PTPTN yang mengatakan mereka melanjutkan daripada tarikh akhir adalah pada 25 Julai 2018 hari rabu kepada 31 Julai 2018 iaitu pada hari selasa minggu depan.
Sumber dari Laman Facebook PTPTNOfficial
Kepada mereka yang tidak membuat kemaskini maklumat pendapatan, pihak PTPTN akan menganggap mereka ini tidak berminat untuk memohon penangguhan bayaran balik dan tidak termasuk dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat. Mereka yang gaji belum mencapai RM 4,000 sebulan akan terlepas dari nama di senarai hitam oleh pihak PTPTN. Bagi saya rugi kalau anda tidak ambil kisah untuk mengetahui maklumat ini dan membuat tindakkan mengemaskini maklumat, kerana pihak kerajaan sedang membantu kita untuk kita berunding dengan pegawai supaya nama tidak disenarai hitam oleh pihak PTPTN.
Mudahkan nak update maklumat pendapatan peminjam PTPTN. Tak sampai 10 minit setel. Cuma ada kes rakan-rakan saya yang lupa no Pinjaman mereka. Mungkin hilang dokument masa mereka buat pinjaman sebelum ini. Jangan risau, saya akan kongsikan cara bagaimana anda boleh selesaikan masalah tidak tahu no Pinjaman PTPTN.
Pengalaman saya berurusan dengan directline PTPTN memang line diorang selalu sibuk, biasalah dah akhir-akhir baru nak tanya operator untuk kemaskini maklumat pinjaman PTPTN. Di bawah saya kongsikan cara alternatif anda boleh dapatkan maklumat No pinjaman PTPTN dengan mudah tanpa perlu ke pejabat PTPTN.
Cara Alternatif untuk dapatkan No Pinjaman PTPTN anda ialah :
Sumber Laman Facebook PTPTNOfficial
Untuk mendapatkan senarai Talian hotline Cawangan negeri masing-masing, anda boleh rujuk laman web PTPTN di sini
Itu sahaja perkongsian saya buat masa ini. Insyallah dari masa ke semasa saya akan kongsikan maklumat yang penting bagi peminjam PTPTN di sini agar dapat memudahkan anda di masa hadapan. Kalau anda rasakan informasi ini berguna sila tinggalkan komen di ruangan komen dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang sangat perlukan maklumat ini.
Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…
Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…
Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…
Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…
ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…
Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…
View Comments
Nasib baik saya bukan peminjam PTPTN, tapi apapun hutang tetap dibayar walau macam mana sekali pun
Terima kasih atas komen yang di berikan. Betul tu .. Hutang harus di bayar kalau tidak akan issue keberkatan kita mencari rezeki.
Pernah beberapa kali guna nak semak akaun SSPN tetapi end-up lost no where. :)
Thanks atas komen anda..Tuan boleh hubungi terus SSPN untuk bantuan..
hutang tetap hutangg