Categories: BlogInfo Semasa

Semakan PTPTN Untuk Kemaskini Maklumat Pendapatan

Pada 16 Julai 2018, pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) telah mengumumkan bahawa untuk perlaksanaan penangguhan bayaran balik, peminjam perlu mengemukakan maklumat pendapatan secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN. Tarikh yang telah di tetapkan untuk tempoh mengemaskini maklumat pendapatan ini adalah sebelum 25 Julai 2018 iaitu pada hari rabu.

Sumber dari Laman Facebook PTPTNOfficial

Berikut adalah sidang media oleh PTPTN 

Sumber daripada laman web PTPTN

Berita baik kepada mereka yang tidak sempat untuk lakukan process kemaskini pendapatan peminjam PTPTN pada tarikh akhir 25 julai 2018,  sudah di umumkan sendiri melalui laman web PTPTN dan facebook page PTPTN yang mengatakan mereka melanjutkan daripada tarikh akhir adalah pada 25 Julai 2018 hari rabu kepada 31 Julai 2018 iaitu pada hari selasa minggu depan.

Sumber dari Laman Facebook PTPTNOfficial

Kepada mereka yang tidak membuat kemaskini maklumat pendapatan, pihak PTPTN akan menganggap mereka ini tidak berminat untuk memohon penangguhan bayaran balik dan tidak termasuk dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat. Mereka yang gaji belum mencapai RM 4,000 sebulan akan terlepas dari nama di senarai hitam oleh pihak PTPTN. Bagi saya rugi kalau anda tidak ambil kisah untuk mengetahui maklumat ini dan membuat tindakkan mengemaskini maklumat, kerana pihak kerajaan sedang membantu kita untuk kita berunding dengan pegawai supaya nama tidak disenarai hitam oleh pihak PTPTN.

Cara Bagaimana Anda Boleh Mengemaskini Maklumat Pendapatan ?

1. Layari laman web PTPTN.GOV.MY dan selepas itu anda akan nampak terus paparan terus untuk kemaskini maklumat pendapatan anda.

 

2. Seterusnya, anda perlu Klik pada banner kemaskini maklumat pendapatan anda.

3. Selepas itu , anda akan melihat paparan portal pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam PTPTN seperti di bawah:

 

4. Selepas anda melihat paparan ini, anda boleh masukkan no ic dan no pinjaman PTPTN anda.

5. Sila isikan semua maklumat yang di perlukan dengan benar dan tekan submit.

Mudahkan nak update maklumat pendapatan peminjam PTPTN. Tak sampai 10 minit setel. Cuma ada kes rakan-rakan saya yang lupa no Pinjaman mereka. Mungkin hilang dokument masa mereka buat pinjaman sebelum ini. Jangan risau, saya akan kongsikan cara bagaimana anda boleh selesaikan masalah tidak tahu no Pinjaman PTPTN.

Pengalaman saya berurusan dengan directline PTPTN memang line diorang selalu sibuk, biasalah dah akhir-akhir baru nak tanya operator untuk kemaskini maklumat pinjaman PTPTN. Di bawah saya kongsikan cara alternatif anda boleh dapatkan maklumat No pinjaman PTPTN dengan mudah tanpa perlu ke pejabat PTPTN.

Cara Alternatif untuk dapatkan No Pinjaman PTPTN anda ialah :

  1. Anda boleh cuba hubungi No Cawangan PTPTN berdekatan anda untuk dapatkan maklumat no pinjaman PTPTN. Saya dah cuba guna no yang di paparkan di website biasa line sibuk.
  2. Anda boleh cuba hubungi mereka melalui laman media social PTPTN. Inbox pertanyaan di Facebook & Twitter rasmi PTPTN dan Facebook Cawangan Negeri PTPTN.
  3. Anda kalau pernah dapat maklumat Notis “MAKLUMAN TUNGGAKAN PINJAMAN PTPTN” melalui email anda boleh cuba semak semula email itu ada paparan no pinjaman pada email itu.

Sumber Laman Facebook PTPTNOfficial

Untuk mendapatkan senarai Talian hotline Cawangan negeri masing-masing, anda boleh rujuk laman web PTPTN di sini 

Itu sahaja perkongsian saya buat masa ini. Insyallah dari masa ke semasa saya akan kongsikan maklumat yang penting bagi peminjam PTPTN di sini agar dapat memudahkan anda di masa hadapan. Kalau anda rasakan informasi ini berguna sila tinggalkan komen di ruangan komen dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang sangat perlukan maklumat ini.

Mohd Rawi Othman

Seorang blogger tempatan yang suka berkongsi tips-tips pemasaran untuk perniagaan dan motivasi diri agar memberi manfaat kepada pembaca blog.

View Comments

Share
Published by MohdRawi.Com
Mohd Rawi Othman

Recent Posts

Chalet Tepi Sungai Di Perak Yang Anda Patut Cuba.

Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…

4 months ago

Top Affiliate Marketing Programs Which You Can Make Money in Malaysia (2022)

Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…

2 years ago

ACCESSTRADE SUMMIT 2022 HAS SIGNIFICANTLY ENDED WITH GLORY!

Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…

2 years ago

Lalamove Increased Their Business Volume with The Help of Affiliate Marketing

Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…

2 years ago

Watch Out For The Latest Scams That Misuse ACCESSTRADE’s Company Name – ‘Warning Letter’ and ‘Part-Time Job’ ⚠️⚠️⚠️

ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…

2 years ago

6 Cara Menjual Di Shopee Terkini

Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…

4 years ago