Categories: BlogTutorial Blog

6 Cara tambah Follower Instagram Malaysia Terkini

Adakah anda sedang mencari cara tambah Follower Instagram Malaysia? Anda punya akaun Instagram tapi masih kurang follower? Jika ya, teruskan bacaan anda sehingga habis artikel ini.

Masa kini ramai orang yang mencari jalan pintas untuk tambah follower dengan menggunakan software yang boleh memberikan follower yang sangat “targated” daripada Malaysia.

Anda boleh mencuba perkhidmatan itu, tetapi saya tidak menggalakkan anda menggunakannya kerana anda perlu menanggung risiko jika ada apa-apa yang berlaku pada kedai Instagram anda.

Selain itu juga, saya nak tanya jika anda perasan mana-mana page yang mempunyai brand yang tidak berapa popular, tetapi mampunyai follower yang sangat ramai dan perhatikan post mereka pada setiap hari berapa orang yang like dan komen post mereka, jika tidak ramai pasti ada sesuatu yang tidak kena pada kedai Instagram berkenaan.

Sepatutnya jika mereka mempunyai Follower Instagram yang ramai, pasti page ini aktif dan sentiasa melakukan “engagement” dengan pelanggan mereka sehingga boleh mencapai jutaan follower.

So.. post kali ini saya akan ceritakan bagaimana anda cara boleh anda naikkan follower Instagram anda tanpa perlu menggunakan robot dan juga cara ini agak selamat dari sebarang risiko seperti kedai Instagram anda di tutup, tidak mendapat jualan walau follower dah ramai dan sebagainya.

Berikut adalah 6 Cara tambah Follower Instagram Malaysia dengan selamat.

Pastikan Nama Instagram anda mudah di cari pada carian Instagram.

Pastikan nama Instagram yang anda buka nanti masukkan kata kunci yang mudah pelanggan anda cari. Sebagai contoh kali ini, saya ingin mencari barangan baby murah di Instagram, pada carian di Instagram saya akan taip “ barang baby murah” maka keluarlah beberapa cadangan daripada Instagram.

Adakah bisnes anda berada dalam cadangan daripada Instagram untuk kata kunci ini? Anda boleh mencubanya di Instagram anda dan cuba tukar pada ruangan profile dan tukar nama bukannya username.

Cara cari nama di instagram

Jika anda tidak tahu cara bagaimana untuk bina Kedai Instagram atau IG Shop anda, anda boleh dapatkan panduan ini agar anda tidak tersilap langkah atau bazirkan masa anda yang sangat bernilai untuk membina IG shop anda.

[ Sila klik sini untuk dapatkan panduan membina kedai Instagram anda ]

Kandungan post dalam Instagram bukan hanya semata-mata produk sahaja,

Antara cara tambah follower Instagram Malaysia lagi adalah anda perlu masukkan juga post seperti cadangan, tips yang boleh memberi manfaat kepada pelanggan anda, dan juga orang yang bakal menjumpai page Instagram anda pada masa akan datang.

Sila post tips yang bermanfaat atau boleh menarik minat boleh pelanggan anda. Sila kongsikan isi kandungan post yang diberikan  yang bermanfaat melalui channel group telegram atau media social yang lain.

Dengan anda lakukan perkara ini, mereka yang menjumpai Instagram profile anda pasti akan follow anda kerana mereka akan rasa informasi yang anda kongsikan itu sangat berguna pada mereka.

Menggunakan fungsi Hashtag yang betul dan berkaitan

Strategi cara tambah follower Instagram Malaysia, seterusnya anda perlu menggunakan fungsi hashtag yang betul dan Hashtag perlu berada pada setiap post Instagram anda.

Cara bagaimana anda boleh cari hashtag yang mungkin sesuai untuk anda adalah anda perlu buat carian di Instagram menggunakan kata kunci (keyword) yang anda rasa orang akan gunakan. 

Selepas itu anda akan nampak beberapa cadangan daripada Instagram mengenai hashtag apakah yang sesuai dan sering berada pada carian Instagram.

Anda boleh gunakan beberapa hashtag yang telah dicadangkan oleh Instagram dan gunakan pada post anda.

Cara cari hashtag yang sesuai

Post pada Waktu yang terbaik dan konsisten

Cara tambah follower Instagram Malaysia lagi adalah anda perlu post secara konsisten  sekurang-kurangnya 1 kali atau 2kali sehari kebiasaannya kepada mereka yang aktif dalam Instagram posting mereka akan post lebih daripada 2 kali sehari untuk mencapai “reach” yang mereka inginkan.

Dalam post anda masukkan arahan seperti berikut setiap kali postè  [ Sila like dan komen post ini dan jangan lupa follow kami di ____Nama IG Anda__ ]

Penting anda anda letakkan ayat ini agar setiap kali anda post di Instagram anda kerana ianya adalah ayat arahan kepada mereka yang melihat post.

Jika post anda tidak mendapat sebarang like menyebabkan hanya beberapa orang yang follow anda sahaja yang menerima post yang anda kongsikan.

Antara waktu yang sesuai berdasarkan pengalaman saya menjalankan pemasaran Instagram kebiasaannya saya suka lakukan post pada waktu sebelum orang pergi kerja, Lunch hour, Balik Kerja dan sebelum orang nak tidur.

Antara yang paling banyak orang like adalah waktu sebelum orang hendak masuk tidur kerana waktu itu merupakan masa rehat mereka dan mungkin waktu itu mereka lebih gemar bersosial atau mendapatkan informasi sebelum tidur.

Selepas anda konsisten post, anda boleh dapatkan panduan Instagram ini untuk mendapatkan cara bagaimana anda boleh tingkatkan lagi jualan melalui Instagram.

[ Sila klik sini untuk dapatkan panduan Instagram bagaimana mencipta pelanggan yang berkualiti menerusi Instagram ]

Minta rakan atau keluarga atau pelanggan follow Instagram anda

Strategi yang seterusnya, untuk permulaan, jika Instagram anda masih baru, anda boleh mulakan “promote” menyuruh rakan, atau keluarga atau pelanggan follow Instagram anda.

Jika anda ingin dapatkan lagi ramai follow Instagram anda, anda boleh buka booth di carnival atau menyertai program-program percuma bawah anjuran kerajaan dan anda boleh meminta bantuan rakan-rakan atau pelanggan yang pergi program itu membantu anda dengan follow Instagram anda.

Menggunakan strategi Instagram Story sama ada secara percuma atau menggunakan  pengiklanan Instagram dengan berkesan dan menjimatkan.

Bagaimana cara tambah follower Instagram Malaysia dengan berkesan dan cepat saya suka menggunakan strategi Instagram story untuk dapatkan “DATABASED” pelanggan dan anda boleh berulang-ulang untuk promote update daripada post atau promosi daripada Instagram anda kepada databased anda.

Strategi ini secara jujurnya saya dah gunakan dan berkesan serta menjimatkan kos jangka panjang.

Jika anda ingin tahu cara bagaimana Instagram ads story boleh membantu anda, sila klik link di bawah.

[ Sila klik sini untuk dapatkan panduan Instagram ads story ]

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda mengenai cara tambah follower Instagram Malaysia. Semoga artikel ini boleh membantu anda dalam meningkatkan follower Instagram dengan cara yang betul dan mendapat jualan daripada hasil dan strategi yang saya kongsikan kepada anda.

Jika anda masih tiada produk lagi atau ingin mencari peluang bisnes lain anda boleh ikuti artikel yang saya kongsikan sebelum ini menerusi link ini.

<<< 5 Idea Perniagaan Simple Tapi Power , Hanya Dari Rumah

Saya amat alu-alukan untuk anda komen diruangan komen dan berikan sokongan untuk artikel ini boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan kongsikan artikel ini di media social rakan anda atau kepada yang memerlukan.

Lagi banyak anda berkogsi memberikan manfaat kepada orang lain nescaya bakal mempermudahkan urusan anda untuk meningkatkan jualan di Instagram pada masa hadapan.

Sila layari artikel saya yang seterusnya jika anda ingin mencari cara lain untuk tingkatkan jualan produk anda.

<<<<< Sila klik sini untuk artikel melakukan pemasaran online dengan menggunakan platform Shopee.

Mohd Rawi Othman

Seorang blogger tempatan yang suka berkongsi tips-tips pemasaran untuk perniagaan dan motivasi diri agar memberi manfaat kepada pembaca blog.

View Comments

  • Saya memang fail bab instagram ni. Maklumlah jenis jarang ambil gambar, privasi sikit. Haha.
    So reach dan impression memang agak rendah.

Share
Published by MohdRawi.Com
Mohd Rawi Othman

Recent Posts

Chalet Tepi Sungai Di Perak Yang Anda Patut Cuba.

Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…

11 months ago

Top Affiliate Marketing Programs Which You Can Make Money in Malaysia (2022)

Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…

2 years ago

ACCESSTRADE SUMMIT 2022 HAS SIGNIFICANTLY ENDED WITH GLORY!

Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…

3 years ago

Lalamove Increased Their Business Volume with The Help of Affiliate Marketing

Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…

3 years ago

Watch Out For The Latest Scams That Misuse ACCESSTRADE’s Company Name – ‘Warning Letter’ and ‘Part-Time Job’ ⚠️⚠️⚠️

ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…

3 years ago

6 Cara Menjual Di Shopee Terkini

Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…

5 years ago