12 Idea Perniagaan Simple Tapi Power , Hanya Dari Rumah [UPDATE 2024]

Hari ini blog MohdRawi.com ingin kongsikan antara 12 Idea Perniagaan Dari Rumah yang bakal memberikan keuntungan kepada anda jika kena pada cara yang betul. Masa kini ramai tercari-cari penyelesaian bagaimana cara menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan. Maka saya kongsikan idea ini sebagai membuka minda pembaca agar anda boleh mencubanya selepas ini.

Dengan taraf hidup yang tinggi sekarang ini, anda perlu mangambil langkah bijak dalam mencari peluang menjana perniagaan yang boleh menampung perbelanjaan anda. Kebanyakkan tip ini banyak di tujukan kepada mereka yang berminat untuk membuka perniagaan tapi hanya dari rumah sahaja.

Sebelum ini, saya ada kongsikan juga tip 5 Idea Perniagaan menguntungkan melalui internet pada perkongsian sebelum ini. Ramai yang suka pada perkongsian saya sebelum ini.

Saya juga ingin kongsikan panduan yang sangat berguna untuk anda yang berminat untuk menjana RM 100 ribu pertama saya sangat cadangkan anda boleh dapatkan panduan ini kerana panduan ini telah banyak membantu ramai orang yang berminat atau berimpian untuk mendapatkan RM 100 ribu pertama.

Nama panduan ini adalah STRATEGI JANA MY FIRST 100RIBU oleh rahman basri yang merupakan internet marketer yang di percayai ilmunya. Sekarang ada harga promosi dan tidak mahal. Jika anda berminat anda boleh dapatkan melalui link di bawah.

Klik link ini untuk pembelian [Strategi Jana My First 100 Ribu]

Antara Idea Perniagaan Dari Rumah yang anda boleh cuba adalah :

1. Bisnes Bakeri

Anda boleh mencuba bisnes bakeri kerana banyak saya dapat perkogsian dari usahawan-usahawan bakeri sebelum ini, sebenarnya mereka bermula dari minat buat kek dari rumah untuk anak-anak, selepas itu menjadi salah satu bisnes apabila beliau memberi percubaan sedikit demi sedikit kepada saudara, jiran dan kawan. Sekarang bisnes bakeri ini bukanlah menjadi bisnes part time.

Perhatian ini adalah lebih kepada golongan Wanita , Isteri / Suri Rumah yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan bakeri. Saya nak kongsikan kisah Nik Roslin Nik Men di mana beliau yang berpengalaman dalam bisnes bakeri ini telah mendedahkan cara bagaimana anda boleh memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah dan boleh menjana pendapatan sehingga 3 ke 4 angka sebulan.

Klik Sini untuk melihat perkongsian daripada Penulis Bisnes Bakeri ini => [ Bisnes Bakeri Hanya Dari Rumah ]

Antara produk bakeri yang sering di cari-cari oleh orang ramai setiap hari adalah Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi.

Jika di fikirkan, kek atau ” desert ” adalah menjadi satu kemestian yang perlu ada dalam sesebuah majlis. Ini merupakan peluang untuk anda yang mahir dalam pembuatan kek tapi tidak tahu bagaimana untuk mulakan bisnes bakeri ini.

Saya cadangkan anda membeli panduan bisnes bakeri ini kerana ianya telah mempunyai penerangan serta panduan melalui pengalaman penulis tersebut dalam memulakan perniagaan bakeri dari rumah.

2. Menjual Produk Orang Lain di Online

Banyak tip dan perkongsian saya sebelum ini bercerita mengenai menjual produk orang lain di online . Allhamdulillah, post saya mendapat maklum balas yang positif dari pembaca blog MohdRawi.com dan ada yang email kepada saya mengucapkan terima kasih kerana sudi kongsikan “ Content Freemium ” ini kepada orang ramai, macam dah boleh buat E-Book  Rahsia Jana pendapatan Online.

Anda boleh rujuk beberapa perkongsian saya antaranya adalah: 

1. 4 Lubuk Bisnes Online Tanpa Modal

2. 5 Idea Perniagaan Yang Menguntungkan Melalui Internet

3.3 Idea Bisnes Online Tanpa Modal 

Cuma untuk tambahan kali ini saya nak dedahkan satu lubuk beli beli barang murah ( Lubuk Dropship ) yang mempunyai pelbagai barang yang sesuai di jual sama-ada secara online atau offline atau kegunaan sendiri. Laman ini menunjukkan teknik bagaimana anda boleh buat duit dengan 11 street dan kini dikenali sebagai prestomall.com dan juga lelong.com.my hanya dengan integrasi platform ini. Anda nak tahu ?

Klik Sini Untuk Daftar Program Dropship ini = > [ Dropship Hypermarket Malaysia ]

Jangan Risau Pendaftaran Percuma .

Selepas itu, anda boleh menjual di platform marketplace yang popular di Malaysia antaranya adalah di Shopee atau Lazada. Tahukah anda ramai yang telah berjaya menjana 4 angka dengan hanya menjual produk orang lain dan menjana pendapatan melalui platform Shopee?

Anda tidak tahu cara untuk promosikan produk anda dengan menggunakan platform Shopee? Sila klik artikel perkongsian di bawah dan dapatkan informasi cara bisnes di shopee percuma ini segera. Panduan ini sangat bagus jika anda boleh dapatkannya kerana ianya percuma dan anda boleh aplikasikan terus untuk perniagaan anda.

Sila klik link ini untuk dapatkan info ini => [6 Cara Menjual Di Shopee Terkini ]

Selain itu juga, saya nak kongsikan salah satu lubuk produk yang anda boleh beli dan guna serta dalam masa yang sama anda boleh dapat lesen jual semula produk itu. Anda boleh dapatkan beli lesen jual semula Canva Pro Template. Memandangkan sekarang ni ramai yang tidak tahu design cantik dan anda juga mungkin perlukan template ini untuk perniagaan anda atau untuk buat kontent media sosial anda.

Anda boleh dapatkan koleksi template lesen jual semua Canva Pro melalui link di bawah. Saya sangat cadangkan kerana ia boleh memudahkan anda untuk menjual di media sosial dengan anda sendiri beli dan buat serta cadangkan kepada mereka yang ada masalah yang sama tidak tahu nak buat design.

Klik sini jika ingin dapatkan Canva Pro Template

Tidak mahir cara seperti yang saya cadangkan tu? tak mengapa , saya ada lagi satu penyelesaian lain iaitu, Adakah anda tiada produk tapi ingin menjana pendapatan sampingan ?

Jika berminat saya nak buka ruang dan peluang bisnes dari rumah iaitu menjadi Agen Susu Multivita di kawasan anda. Setakat sekarang ini allhamdulillah dari maklum balas pelanggan kami mereka yang mempunyai masalah sembelit, resdung, yang mencari penawar gaut, sakit pinggang atau yang mencari penawar sakit kulit dan juga yang mencari penawar anak terkena kuning pulih setelah minum susu multivita ini. Produk ni senang jual kerana testimoni dah banyak sangat Tak percaya? anda boleh lihat sendiri melalui link ini Multivitamilk.com . Jika anda ingin menjadi agen untuk produk ini anda boleh hubungi no ini 0179230092

3. Bisnes Frozen Food

Bisnes Frozen Food ini kini telah mendapat tempat di hati pelanggan setelah sekian lama. Makin lama permintaan produk seperti ini semakin tinggi kerana sekarang orang lebih suka beli dan terus goreng ,mudah dan cepat kerana masa terlalu mengejar kita. Kepada keluarga yang bekerja, permintaan kepada produk frozen ini adalah salah satu kemestian.

Bisnes model yang mudah untuk permulaan perniagaan, anda boleh mencari pembekal frozen food yang boleh dipercayai dan mempunyai sijil halal anda boleh runding untuk menjadi agent. Model perniagaan trading barang frozen food ini sangat mudah dan cepat untuk terima tunai, peranan anda adalah sebagai agent pemasaran dan operasi akan diuruskan oleh pembekal.

Jika anda sedang mencari pembekal frozen food yang halal dan boleh buat OEM produk anda boleh terus berhubung melalui laman ini. [Esir Frozen Food]

4. Menawarkan Khidmat Penulisan (Copywriting)

Sekarang ini semakin ramai orang minat kepada perniagaan dan semakin ramai juga yang telah mengetahui strategi pemasaran online berkesan yang memerlukan penulis untuk artikel di blog, khidmat untuk penulisan untuk memperomosikan produk, yang mencari “Ghost Writer” iaitu penulis kedua untuk terbitkan buku ilmiah dan pelbagai lagi idea buat duit dengan khidmat penulisan.

Banyak bukan idea bisnes dari rumah untuk khidmat penulisan ini ?

Strategi ini banyak di kongsikan melalui panduan yang di kongsikan oleh Sifu Penulisan ini iaitu Tuan Aqif Azizan di mana beliau mendedahkan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan RM 1000 sebulan menerusi khidmat penulisan untuk permulaan.

Klik sini untuk mengtahui dengan lebih lanjut = > [ Buat duit 1000 Sebulan Dengan Penulisan ] 

5. Menjalankan Bisnes Tudung Dari Rumah.

Perniagaan tudung merupakan salah satu perniagaan mengikut trend fesyen dan juga sering mendapat tempat kepada para wanita dari pelbagai lapisan umur. Persoalannya adakah bisnes tudung menguntungkan dan boleh di jual dengan mudah? . Kalau hanya diikutkan kehendak tidak berminat berniaga kerana tiada modal, tidak suka menanggung risiko perniagaan, MALAS, nak mencari bisnes untung banyak , rasanya sampai bila-bila anda tidak akan memulakan perniagaan.

Tiada bisnes yang tiada risiko, yang membezakan kita dengan yang lain adalah  ilmu bisnes yang diperolehi sebelum memulakan perniagaan.Di sini saya nak kongsikan salah satu panduan untuk bisnes tudung  yang telah dikeluarkan khas untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan tudung hanya dari rumah. Apalah sangat harga panduan ini kalau nak dibandingkan ilmu yang bakal anda dapat melalui panduan ini.

Tips dari saya untuk menjalankan bisnes tudung ini adalah: 

  1. Kalau rasa tidak yakin untuk menjual tudung ni. Anda boleh sertai mana-mana program dropship yang dianjurkan oleh mereka yang telah berjaya menceburi bisnes ini. Caranya bagaimana? google jer “dropship bisnes tudung” nanti adalah keluar beberapa.
  2. Baca panduan untuk bisnes tudung ni dan lepas baca cuba hubungi pemilik panduan ini dan jadikan beliau sebagai mentor anda.

Jika anda berminat untuk dapatkan panduan ini. Klik link ini ==> [ Panduan Bisnes Tudung ]

6. Bisnes Affiliate

Bisnes Affiliate ini masa kini sudah menjadi satu trend untuk tahun 2020 di mana, peranan untuk pasarkan produk atau perkhidmatan telah di serahkan kepada sesiapa sahaja yang betul-betul ingin dapat pendapatan tambahan hanya dari rumah.

Apakah Bisnes Affiliate ini sebenarnya? Bisnes ini adalah bisnes paling mudah tanpa modal yang terlalu tinggi, anda boleh memulakan perniagaan ini dengan kadar segera. Anda akan menjadi agent kepada mereka yang menggunakan sistem affiliate yang mana selepas anda mendaftar menerusi sistem affiliate, anda boleh promosikan produk digital seperti video, ebook dan sebagainya.

Ada juga penyedia sistem affiliate ini mereka menggunakan sistem ini untuk promosikan produk atau perkhidmatan mereka. Anda hanya menggunakan unik link yang disediakan dalam sistem affiliate dan promosikan di media sosial atau sasaran pelanggan anda. Jika ada pelanggan yang klik link affiliate anda dan membeli menerusi link anda, komisen bakal diberikan terhadap setiap jualan yang terhasil.

Jika anda berminat untuk buat bisnes secara part time hanya dari rumah, bisnes affiliate ini sangat sesuai dengan anda. Bagaimana untuk memulakan bisnes affiliate ini ?

Untuk tahu strategi dan berjaya dalam bisnes affiliate ini, anda boleh dapatkan ebook panduan bisnes affiliate ini daripada link dibawah. Strategi yang dikongsikan ini sudah mempunyai testimoni yang terbukti mampu membantu anda berjaya dalam bisnes ini.

Klik sini untuk mengtahui dengan lebih lanjut = > [PANDUAN BISNES AFFILIATE]

Selain itu juga, terdapat update terkini antara panduan yang boleh anda beli untuk rujukan dan semestinya berbaloi jika anda ingin serius dalam jana pendapatan secara online iaitu rahsia 4 angka sebulan dengan teknik marketing yang betul. Sila dapatkan panduan rahsia bisnes affiliate di bawah selagi link masih ada.

Klik sini untuk mengtahui dengan lebih lanjut = > [PANDUAN RAHSIA AFFILIATE]

7. Bisnes Makan Delivery

Tahukah anda, antara perniagaan yang kini semakin meningkat adalah bisnes yang melibatkan penghantaran dari rumah ke rumah. Bisnes ini adalah satu peluang yang telah diwujudkan disebabkan ramai di antara kita mempunyai pergerakan yang terhad berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sebelum ini. Idea bisnes yang saya nak kongsikan ini adalah Perniagaan Bisnes Makan Delivery.

Kenapa bisnes makan delivery ini termasuk dalam idea perniagaan dari rumah ini ?

Jika anda mempunyai idea perniagaan makanan dari rumah, ini adalah masa yang terbaik kerana walau dari rumah, anda boleh memasak & uruskan order terus hantar makanan ke rumah pelanggan. Selain itu juga, bisnes makanan ini juga tidak memerlukan modal berpuluh-puluh ribu untuk sewa atau buka kedai.

Tak tahu untuk memulakan Bisnes Makan Delivery?

Jangan risau…rakan saya ada lancarkan panduan bisnes makan delivery ini berdasarkan pengalaman beliau berjaya menjana pendapatan melalui bisnes ini. Dari seorang yang pernah mengalami masalah kewangan dan kini bisnes ini berjaya mengubah corak kehidupan mereka.

Sebenarnya kalau nak cerita dengan lebih lanjut mengenai bisnes ini agak panjang. Saya cadangkan anda dapatkan panduan Bisnes Makan Delivery ini melalui link di bawah.

Sila klik panduan memulakan bisnes makan delivery di sini [Klik Sini]

8. Buat Duit Dengan Platform Shopee

Tahukah anda ? ramai di antara usahawan sudah mula memulakan perniagaan dengan menggunakan platform Shopee. Kini platform shopee telah menjadi salah satu tarikan kepada peniaga yang mempunyai produk tetapi ingin memulakan perniagaan secara online. Saya ada juga kongsikan tips cara menjual di shopee terkini jika anda berminat untuk melihat lebih detail cara menjual di shopee.

Kini berdasarkan maklumat, seramai 1.2 juta orang memasuki website/apps shopee untuk membeli barangan tapi anda tidak berminat memasarkan produk anda di shopee sangatlah rugi.

Untuk berjaya menjual di shopee perlu ada mentor yang berpengalaman dan cara serta strategi yang betul untuk menjual di shopee. Jangan terkejut bila lepas anda listing di shopee tapi tidak ada orang yang membeli dari kedai anda. Bukan kerana anda punya produk tidak bagus tetapi salah strategi untuk menjual di Shopee.

Saya cadangkan jika ingin memulakan perniagaan di shopee anda perlu ada ilmu pemasaran di shopee dahulu baru memulakan perniagaan di shopee. Saya cadangkan anda boleh cuba dapatkan panduan shopee melalui link di bawah:

Sila klik panduan memulakan bisnes shopee di sini [Klik Sini]

9. Buat Duit Dengan Platform Shopify dan Etsy-(Jana Pendapatan dalam matawang USD)

Tahukah anda ? dengan berlakunya pandemik Covid19, bukan sahaja Malaysia sahaja telah menghadapi perubahan hidup norma baharu tetapi juga seluruh dunia terpaksa menyesuaikan kehidupan cara baru untuk mengawal penularan wabak ini mengalami jangkitan secara cepat.

Apakah hidup norma baharu ? maksud saya, kini orang lebih berminat untuk membeli barangan secara online kerana dengan fasiliti internet dan logistik penghantaran keseluruh dunia menyebabkan peningkatan orang membeli secara online meningkat.

Jika anda ingin menjual produk anda di luar negara, platform Shopify dan Etsy banyak digunakan untuk mula menjual secara online. Kalau setakat langgan untuk guna platform ini tanpa ilmu yang betul dalam mengetahui teknikal, dan tidak mengetahui cara pemasaran yang betul dan cara menggunakan platform ini memang anda akan rasa rugi menggunakan platform ini kerana harga bulanan yang mahal untuk menggunakan platform ini.

Apa sebenarnya platform Shopify? Platform ini adalah satu sistem ecommerce yang mudah kerana sistem ini dah ada pelbagai fungsi yang kita tidak perlu bina dari mula, hanya perlu pilih fungsi dan aktifkan dah boleh mulakan perniagaan menjual barang secara online.

Jika anda berminat untuk menggunakan Platform Shopify sila dapatkan panduan rahsia shopify dahulu melalui link di bawah:

Sila klik panduan memulakan bisnes shopify di sini [Klik Sini]

Manakala apa pula Platform Etsy ? Etsy ini pula adalah salah satu marketplace antarabangsa yang mana seluruh dunia bukan sahaja Malaysia membeli di sini. Cuma platform ini fokus kepada produk kraf dan kreatif.

Apa yang best berkaitan marketplace Etsy ini? Yang best mengenai platform ini adalah pembayaran dalam matawang USD dan juga anda boleh mulakan menjual di Etsy tanpa perlu beli produk pun, hanya jual produk digital yang mana ianya adalah skill yang anda ada dan jual seperti template, video, sound,gambar dan sebagainya, mudahkan.

Kalau nak dapat tahu lebih mendalam mengenai strategi buat duit di Etsy ni saya cadangkan anda boleh dapatkan panduan di bawah.

Klik sini >> Panduan Bisnes Etsy “Jana Side Income 4 angka sebulan di Etsy”

Jika anda ingin jual produk anda untuk pasarkan di luar negara anda boleh hubungi saya di 0139155388 saya boleh bantu anda setup platform untuk anda menjual di Malaysia dan Luar negara.

10. Buat Duit Dengan Bisnes Home Tuisyen

Jika anda mempunyai bakat mengajar, atau anda mahir dalam beberapa subjek matapelajaran yang sedia ada di sekolah, saya cadangkan anda boleh dalamkan ilmu bisnes tuisyen. Sejak covid-19 melanda, saya perasan ramai anak-anak banyak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Ya, cikgu ada buat kelas pembelajaran dari rumah (PDPR), terapi, cikgu kene mengajar anak murid yang ramai, tidak sempat untuk melihat mereka yang tidak fokus atau tidak ikut sesi pdpr yang disediakan secara online.

Oleh itu, saya nampak ini merupakan satu peluang bisnes kepada mereka yang berminat untuk mengajar tuisyen secara online atau jika covid-19 ini sudah reda anda boleh buat secara part time mengajar mereka di rumah.

Idea perniagaan dari rumah sangat sesuai dengan bisnes tuisyen yang ingin memulakan bisnes kecil-kecilan. Untuk berniaga secara home tuition sebenarnya bukan mudah seperti yang di sangka, banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan dengan bisnes tuisyen dari rumah antaranya adalah, bagaimana strategi pemasaran untuk bisnes home tuition, strategi untuk dapatkan pelajar dan meyakinkan ibubapa untuk menggunakan perkhidmatan kita, apakah persiapan yang anda perlua ada untuk mengajar dan tips mengajar secara hebat supaya anda pelanggan anda sentiasa berminat untuk belajar dengan anda.

Oleh sebab itu, jika ingin memulakan bisnes tuition dari rumah, saya galakkan anda dapatkan panduan bisnes home tuisyen melalui link di bawah:

Sila klik panduan memulakan bisnes Home tuisyen di sini [Klik Sini]

11. Buat Duit Dengan Saham

Jika anda sudah berjaya menjana pendapatan secara online, anda boleh cuba dalamkan ilmu mengenai saham. Saya cadangkan kepada anda untuk melaburkan duit anda pada platform saham jika anda mempunyai lebihan duit yang boleh di gunakan sama ada untuk menyimpan di bank atau mengembangkan duit anda dengan menggunakan platform saham.

Memang betul kata orang, saham boleh capai keuntungan sehingga 400 % tetapi kene ada ilmu yang betul untuk mendalami strategi dan tricks ini. Saham merupakan pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi bersesuaian dengan kadar keuntungan yang tinggi.

Selain dari platform saham, anda boleh juga mengurangkan kadar risiko anda dengan mendalami ilmu unit trust. Jika anda ingin mengembangkan duit anda dengan menggunakan platform unit trust dalam tempoh masa yang panjang, saya boleh bantu anda jika anda berminat dengan menghubungi whatsapp saya di sini [Klik sini]

Duit kalau kita tidak laburkan untuk kepada platform boleh memberi manfaat pelaburan yang menguntungkan sangatlah rugi kerana kita perlu melawan kadar inflasi negara setiap tahun. Kalau setakat kita simpan di bank hanya dapat 1-2 % kadar dividen belum lagi boleh melawan kadar inflasi kita di Malaysia.

Cari ilmu pelaburan anda hari ini juga. Jika anda ingin mula buat duit dengan platform saham anda boleh dapatkan panduan di bawah:

Sila klik panduan memulakan saham di sini [Klik Sini]

Apalah sangat anda laburkan hanya beberapa ringgit sahaja tapi ianya bakal membantu mengeluarkan anda dari masalah kewangan.

12. Buat Duit Dengan TIK TOK

Tahukah anda, terkini tiktok merupakan salah satu media sosial yang telah trending dan sedang meningkat. Jika anda belum lagi daftar akaun tiktok, sila daftar melalui link ini [daftar akaun tiktok] . Kenapa saya kata anda mesti buka akaun tiktok kerana terkini, ramai telah menjana pendapatan yang lumayan menerusi akaun tiktok.

Terdapat beberapa cara anda boleh buat duit menerusi media sosial tiktok:

1) Sebagai Affiliater Tiktok .
– Affiliater tiktok adalah, anda tidak perlu pegang produk atau beli produk untuk menjual di tiktok, sebaliknya anda hanya pilih produk melalui platform affiliate tiktok dan masukkan produk itu pada tiktok anda dan mula jana pendapatan melalui video yang anda kongsikan melalui cadangan anda mengenai produk yang anda jual melalui platform tiktok.

2) Sebagai Peniaga di Tiktok .
– Jika anda mempunyai produk yang ingin di jual, anda boleh menjadi sebagai usahawan yang menjual produk anda dengan menggunakan tiktok shop. Setakat ini, ramai sudah menjana pendapatan yang lumayan melalui platform ini. Nasihat saya jika anda masih baru ingin menjual di tiktok shop pastikan anda dapatkan panduan berniaga di tiktok shop dahulu agar lebih mudah dan cepat anda boleh buat duit melalui tiktok shop berdasarkan pengalaman orang lain yang lebih awal berniaga di tiktok shop. Jika anda ingin dapatkan panduan berniaga di tiktok shop boleh dapatkan panduan di bawah.

Sila klik panduan memulakan perniagaan di Tiktok di sini [Klik Sini]

Itu sahaja perkongsian ikhlas dari saya, hanya untuk membantu anda yang betul-betul memerlukan idea perniagaan dari rumah. Saya mintak perkongsian saya yang Freemium ini anda kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang lain agar mereka juga dapat manfaat ilmu seperti anda.

Saya harapkan sebagai tanda penghargaan perkongsian ini, saya mintak anda boleh tinggalkan komen di bawah.

(Visited 30,211 times, 1 visits today)

Mohd Rawi Bin Othman

Jom Subscribe Newsletter

SUBSCRIBE Newsletter dari Blog MohdRawi.Com & anda tidak akan terlepas maklumat dari saya. Selain itu, Bonus percuma untuk dapat ilmu pemasaran online secara percuma serta cara ilmu buat duit online.

This field is required.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

22 thoughts on “12 Idea Perniagaan Simple Tapi Power , Hanya Dari Rumah [UPDATE 2024]”

  1. Pingback: Tonton TV3 live Streaming Malaysia | MohdRawi.Com

  2. Pingback: 5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee | MohdRawi.Com

  3. terima kasih admin sudi berkongsi idea
    rasa bersalah pulak saya jika tak ucap terima kasih
    kerana membacanya secara percuma..
    moga kebajikan berpanjangan
    amin aminn

    saya buat affiliate simkad prepaid je
    jadi le sesikit buat lepas belanja dapur
    Suri yanti recently posted…Hello world!My Profile

    1. Terima kasih suri yanti kerana sudi memberikan pendapat diruangan komen. Allhamdulillah.. saya pon berharap agar post idea perniagaan dari rumah ini boleh membantu meningkatkan pendapatan pembaca..Terima kasih juga atas doa yang diberikan..insyallah saya akan kongsikan lagi tip-tip menarik di blog ini.

  4. Pingback: 6 Cara tambah Follower Instagram Malaysia Terkini | MohdRawi.Com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top