uitm shah alam

Uitm Student Portal ( Universiti Teknologi Mara )

Setelah sekian lama aku tingalkan Universiti Teknologi Mara ( Uitm) baru sekarang nak update tajuk pasal UiTM tempat di mana aku menimba ilmu. Terima kasih kerana mendidik aku  dalam menjadi insan yang boleh berbakti kepada masyarakat. Tahniah UiTM kerana banyak membuka cawangannya di Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak.  Hari ini saja nak update pasal laman uitm student portal di mana  ada terdapat beberapa fungsi menarik yang anda tidak sedar akan kewujudannya yang saya pernah guna bersama pensyarah yang mengajar saya menggunakan uitm student portal untuk download assignment, nota pensyarah dan lain-lain.

 Perbezaan Uitm Student Portal  Dahulu dan sekarang seperti di bawah:

uitm student portal lama
Uitm Student Portal Dahulu
uitm student portal baru
uitm student portal baru

Jika hendak aksess laman Uitm Student Portal anda boleh dapatkan di sini => Uitm Student Portal Login 

Fungsi-Fungsi Uitm Student Portal yang biasa di gunakan.

I-Learn Portal 

Antara akses yang biasa saya gunakan semasa pembelajaran di UiTM Shah Alam pada tahun 2009 – 2011 iaitu menggunakan sistem Ilearn Portal Uitm. Anda boleh explore sendiri bagaimana nak menggunakan ilearn portal ini setelah anda sudah aksess laman Uitm Student Portal ini.

ilearn portal
ilearn portal Uitm

UiTM Examination Result

Lepas musim peperiksaan Uitm, waktu paling mendebarkan iaitu semakan keputusan peperiksaan kita di Uitm Student Portal ini. Dulu bila tiba hari penguguman ” UiTM Examination Result” pasti waktu itu semua pelajar aksess laman portal ini serentak hampir down sekejap   Uitm Student Portal ini, kerana semua pelajar UiTM tidak sabar untuk melihat keputusan hasil usaha mereka. Mungkin sekarang dengan wajah baru dan teknologi update terbaru Uitm Student Portal ini boleh di aksess dengan mudah.

Email Pelajar 

Pasti anda terkejut bukan bahawa fungsi email pelajar sebenarnya ada di Uitm Student Portal. Anda boleh mengetahui fungsi ini setelah anda aksess laman portal ini. Contoh email pelajar yang telah di sediakan adalah ” [email protected]” ( [email protected]). Peruntukan yang telah diberikan kuota sebanyak 10 GB setiap seorang (sumber uitm student portal).

Untuk panduan menggunakan dan mendapatkan email pelajar ini anda boleh dapatkan di sini=> Panduan email Pelajar UiTM 

Email Pelajar Uitm
Email Pelajar Uitm (Sumber uitm student portal)

Uitm  Calendar Academic

Kepada pelajar-pelajar  Uitm, Pensyarah dan siapa-siapa sahaja yang berurusan dengan UiTM pasti yang paling penting mengetahui akan kelendar tahunan yang di rancang secara general yang boleh di semak melalui student portal juga.

Itu sahaja sebahagian dari fungsi-fungsi yang kebiasannya di guna melalui Uitm Student Portal. Harap para pelajar menggunakan sistem yang bagus ini dengan sebaikknya.

 

(Visited 1,865 times, 1 visits today)

Mohd Rawi Bin Othman

Jom Subscribe Newsletter

SUBSCRIBE Newsletter dari Blog MohdRawi.Com & anda tidak akan terlepas maklumat dari saya. Selain itu, Bonus percuma untuk dapat ilmu pemasaran online secara percuma serta cara ilmu buat duit online.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

1 thought on “Uitm Student Portal ( Universiti Teknologi Mara )”

  1. student portal uitm, memang memerlukan infomasi yang berguna. Mereka yang berpengalaman dalam mencari maklumat sebaiknya share seperti yang saudara buat ini. Dalam post ini mereka nak belajar bagaimana nak learn uitm login saja. Boleh tambah ni.

    Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top