3 Cara Mudah Semakan Calon PLKN 2015 Siri ke-12

Di sini Saya nak kongsikan kaedah Semakan Calon PLKN 2015 Siri ke-12. Semakan ini telah di buka daripada bulan Ogos 2014 bagi mengetahui sama ada anda terpilih untuk menyertai PLKN 2015 Siri Ke-12 atau tidak.

Dengan adanya sistem SMS untuk Semakan Calon PLKN 2015 ini amatlah memudahkan kepada para pelajar sama ada mereka layak atau tidak layak menyertai Latihan Khidmat Negara ini. Kepada yang tidak berpeluang untuk menyertai Latihan Khidmat Negara (PLKN ) 2015 ini, anda jangan sedih kerana terdapat banyak lagi latihan bimbingan untuk remaja-remaja melakukan aktiviti sosial antaranya adalah seperti Rakan Muda melalui Kementerian Belia Dan Sukan .

Kaedah untuk semakan Calon PLKN 2015 ini terbahagi kepada 3 cara yang mudah:

1) Melalui Sistem Online Khidmat Negara.

-Anda boleh layari Laman Khidmat Negara dan pergi ke bahagian semakan pelatih terpilih. Masukkan IC anda dan dapatkan maklumat anda di sana. Sila lihat gambar di bawah.

Semakan PLKN 2015-Mrniaga.com

Untuk dapatkan link semakan sila klik di sini== > SEMAKAN ONLINE PLKN 2015

2) Semakan Melalui Kaedah SMS

– Antara caranya adalah seperti berikut. Iaitu SMS PLKN SEMAK [No KP anda] DAN Hantar ke 15888. Setiap SMS yang di hantar akan dicaj sebanyak RM 0.15. , manakala setiap sms yang di terima berkaitan PLKN 2015 akan dicaj Sebanyak RM 0.20. Walaupun nilainya agak sedikit mahal tetapi, kaedah sms ini agak mudah untuk dapatkan maklumat di hujung jari.

Untuk semakan penempatan untuk kumpulan 1 di jangkan semakan boleh di buat pada bulan Disember 2014.

3) Cara terakhir iaitu kaedah Hubungi Khidmat Call Centre PLKN 2015

– Jika cara kedua di atas anda masih tidak boleh menerima maklumat secukunya, anda boleh hubungi terus bahagian khidmat pelanggan mereka iaitu di talian 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Saya nasihatkan anda untuk mencari sendiri beberapa maklumat terkini di Laman PLKN supaya memudahkan process untuk anda mengenal serba sedikit konsep program yang bakal anda tempuhi dalam menyertai PLKN 2015.

Berdasarkan pengalaman pernah menyertai Kem PLKN 2006 ( KEM Gunung Ledang Asahan, Melaka ).Antara nasihat dan  persediaan untuk adik-adik menghadapi PLKN 2015 adalah seperti di bawah: 

1) Kurangkan Merokok Mulai sekarang, kerana di sana amatlah sukar untuk mencari sumber rokok ini. Anda mungkin boleh menyuruh rakan anda untuk menghantar rokok kepada anda tetapi ingat, kalau kantoi buruk padahnya. Oleh itu, nasihat saya anda boleh dapatkan panduan berhenti rokok menerusi link di bawah.

Link Download => [ Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 minggu ]

2) Kalau anda mempunyai badan yang gemuk takut untuk menghadapi Latihan Intensif yang bakal memenatkan hari-hari anda selepas itu. Anda boleh dapatkan Formula untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat di Link di bawah:

Link Download = [ Formula Kurus Pantas ]

3) Kalau anda rasakan Pengurusan Masa anda dalam menghadapi PLKN 2015 ini bermasalah, anda boleh dapatkan panduan mengurus masa secara efektif dan berkesan. Apa yang di katakan sebagai pengurusan masa bermasalah adalah mungkin anda tiada disiplin sebelum ini dalam menguruskan masa. Kehidupan anda hanya bergantung kepada ibu bapa sahaja. Lepas menyertai PLKN 2015 ini anda hanya akan berdikari sendiri sehingga tamat kursus itu. Jika anda ingin membuat persediaan itu, anda boleh dapatkan panduan pengurusan masa di bawah:

Link Download => [ Panduan Pengurusan Masa

4) Jika Niat anda untuk menyertai PLKN 2015 ini untuk mencari JODOH atau nama lain bagi istilah ini adalah nak COUPLE, mudah sahaja cuma anda perlu sedikit panduan untuk mengenali pasangan anda nanti. Anda boleh dapatkan panduan mengenali pasangan anda di link di bawah:

Link Download => [ Panduan Personaliti Cinta

Buat masa ini, saya berikan yang ini sahaja tips menarik yang anda boleh dapatkan menerusi link di atas. Saya hanya mencadangkan sahaja beberapa panduan ini sebagai rujukan sampingan untuk persediaan menghadapi PLKN 2015 ini. Semoga panduan yang bakal anda dapatkan itu boleh membantu serba sedikit maklumat untuk diri anda.

(Visited 9 times, 1 visits today)

Klik Button ini untuk Follow =>

2 Comments

  1. yandi September 10, 2014
  2. cabrios usados September 20, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Anda Minat  
Nak Jana Penpadatan Sampingan ?

Sila Isikan Maklumat Anda Di Bawah: 

arrow-circle-o-down