About Me

Siapa Saya ?

Salam, nama diberi Mohd Rawi Bin Othman merupakan anak kelahiran Melaka Bandar Bersejarah.

Mempunyai pendidikan  ijazah di Universiti Teknologi Mara UiTM dalam Industri Teknologi Perladangan. Sejak dari sekolah lagi memang aktif dalam melakukan aktiviti sosial dan juga menyertai persatuan untuk lakukan aktiviti sama ada indoor dan outdoor. Mempunyai Sijil Jurulatih outdoor tahap 1 jer.

Aktif juga dalam menyertai program-program keusahawanan yang di anjurkan oleh pihak Universiti dan juga Kerajaan Negeri Selangor antaranya adalah program TUNAS MEKAR, KELAB PERMATA SELANGOR dan program yang di anjurkan oleh KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR.

Sejak dari belajar lagi aku minat dalam mencari ilmu mengenai perniagaan melalui platform online. Mula aktif blog sejak tahun 2008 lagi melalui platform blogspot dan kini merupakan peminat cms wordpress yang mesra mobile dan mesra seo.

Lepas habis belajar saya menjalankan pertanian modern. Pasti ramai terkejut pasal background aku sebelum ini yang mana merupakan salah seorang pelajar jurusan pertanian. So lepas habis belajar nak lah guna ilmu yang ada. Allhamdulillah sempat jalankan juga projek ini sebelum ini.

Mohd Rawi Petani Modern Malaysia

Lepas itu, aku menjadi salah seorang pembekal untuk tempahan cetakan t-shirt, baju uniform, cetakan flyers dan business card serta menjadi pembekal premium gift kepada badan agensi kerajaan dan badan berkanun. Sekarang fokus 1 produk sahaja iaitu mug printing kerana sekarang permintaan untuk bisnes itu dah mulai mendapat tempat di hati pelanggan-pelanggan besar.

Sehingga kini sudah saya menjalankan perniagaan itu, banyak strategi dan cara perniagaan yang saya lalui hanya kerana minat menceburkan diri dan mengenal mengenai perniagaan.

Mempunyai Pengalaman 7 tahun bersama tim ProgramUsahawan.com yang merupakan perunding latihan usahawan Malaysia yang menawarkan perkhidmatan menjalankan latihan usahawan dan pembanggunan usahawan malaysia. Kini aktif juga dalam menjalankan perniagaan melalui platform online.

Senang cerita menjadi “Internet Marketer”. Saya banyak kongsikan tips-tips melalui facebook page saya Mohd Rawi Bin Othman sebagai amal jariah saya memberi ilmu melalui perkongsian.

Kini Saya bersama dengan Tim Onlinejer.Com dalam projek Pemasaran online dan juga usahawan Sosial (SE)

Saya juga membantu rakan-rakan atau sahabat andai yang ingin menjana pendapatan sampingan melalui platform internet. Insyallah doa-doakan saya mudah rezeki supaya saya boleh bantu lebih ramai lagi kepada mereka yang memerlukan.

Semoga perkongsian di blog ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam menjana idea atau pendapatan sampingan. Insyallah..

Hubungi saya di :

Email : im@mohdrawi[dot]com

Facebook : Mohd Rawi Othman

Instagram: Mohd Rawi Othman

Twitter : Rawipedia 

Youtube: Mohd Rawi Othman

(Visited 1,107 times, 1 visits today)

1 thought on “About Me”

  1. Pingback: Homestay Melaka Ada Kolam Renang | MohdRawi.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top