Chalet Tepi Sungai Di Perak Yang Anda Patut Cuba.

Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami menginap di chalet tepi sungai di Perak D'Rumah Bonda River View.

Pengalaman yang kami kongsikan ini adalah review jujur yang kami rasa penginapan yang sesuai bagi kami yang sudah biasa dengan keadaan suasana ibu kota yang sesak tapi di sini nyaman lagi-lagi bila kebetulan kami menginap waktu tu adalah waktu hujan, bila bangun di waktu pagi udara agak nyaman dan tenang boleh nampak suasana yang menarik di tepi Sungai Perak.

Antara perkara menarik terdapat di Chalet tepi sungai di Perak D'Rumah Bonda River View Kuala Kangsar.

1) Lokasi dan Pemandangan D'Rumah Bonda River View:

Lokasi D'Rumah Bonda River View ni terletak di Kuala Kangsar Perak, yang mana terdapat beberapa lokasi yang menarik sesuai untuk anda sekeluarga pergi.

Antaranya lokasi yang sempat kami pergi sepanjang 2 hari 1 malam penginapan kami adalah di lokasi Air Terjun di Kuala Kangsar dan lokasi makanan Viral di Kuala Kangsar.

Pengalaman kami, untuk menuju ke Chalet Tepi Sungai di Perak D'Rumah Bonda River View ini mengambil masa hanya 4 jam dari Shah Alam. Walaupun jauh seronok dapat pengalaman yang amat bermakna menuju ke Chalet di Kuala Kangsar Perak.

Kebetulan musim waktu itu adalah musim durian di Kuala Kangsar Perak, allhamdulillah dapat makan percuma durian fresh baru jatuh yang terdapat pada chalet tu.

Kene dengan tema tempat ini iaitu percutian suasana kampung & dusun di tepian sungai perak. Jika anda merancang untuk mencari lokasi Family day tepi sungai perak atau “group gathering” di tepi sungai perak, tempat ini sesuai untuk anda kerana chalet ini betul-betul di tepi sungai perak, sesuai untuk aktiviti berakit di tepi sungai atau aktiviti memancing di tepi sungai perak.

Lokasi D'Rumah Bonda River View ini dari pekan kuala kangsar ambil masa dalam setengah jam ikut pada keadaan semasa jalan raya. Hari biasa sekejap je dalam 20 minit.

Kami cadangkan kalau anda nak buat BBQ malam anda boleh beli siap-siap bahan nak memasak atau barang nak BBQ sebelum smpai chalet. Kalau tak sempat beli barang-barang untuk bbq boleh bagi tau pihak resort mereka juga ada jual kambing perap dengan ayam perap tinggal panggang jer .

Kami nasihatkan anda guna google map bagi memudahkan anda membuat carian untuk ke D'Rumah Bonda River View. Laluan muat-muat kereta, van mini atau bus kecik sahaja, kalau datang menaiki bus anda kene bagi tau pihak pengurusan untuk mereka aturkan anda menuju ke D'Rumah Bonda River View.

2) Penginapan dan Kemudahan D'Rumah Bonda River View:

Suasana penginapan di D'Rumah Bonda River View ini sangat best kerana waktu pagi aku boleh nampak pemandangan tepi sungai perak dan nampak juga pemandangan gunung dari jendela tempat aku menginap.

Korang kene datang dan cuba rasai sendiri pengalaman menginap di sini baru boleh tahu best tak best kan.

Dekat sini ada macam-macam jenis penginapan dari penginapan jenis dorm (dalam kabin), nak khemah pun boleh, kalau nak bilik ala-ala homestay pun ada dan juga bilik yang boleh muat 2 orang atau 4 orang.

Kemudahan di D'Rumah Bonda River View ni ada banyak antaranya adalah :

1) Kemudahan Kolam Renang

2) Kemudahan basikal kalau nak jalan-jalan sekitar
3) dewan makan atau boleh juga di jadikan ruang tempat nak buat bengkel outdoor pon ok
4) kawasan khemah kalau ada nak guna khemah untuk penginapan.


5) Kawasan memancing.
6) Kawasan untuk BBQ (Jaring dan arang pihak pengurusan ada sediakan tapi ada bayaran jika nak)


7) ruang nak buat sukaneka pun ada.

3) Aktiviti dan Tarikan sekitar D'Rumah Bonda River View:

Kalau ada nak aktiviti luar kawasan anda boleh tanya pihak pengurusan D'Rumah Bonda River View antaranya adalah :

1) Aktiviti ATV
2) Lawatan Ladang Nenas
3) Jom mandi air sungai berdekatan di taman eko rimba ulu kernas tidak jauh dari chalet di tepi sungai perak D'Rumah Bonda River View.


4) Tower Abseiling dan Flying Fox

4) Tempat Makan Viral Sekitar Kuala Kangsar

Setakat 2 hari 1 malam kami menginap chalet di tepi sungai perak ni iaitu D'Rumah Bonda River View, kami hanya sempat pergi 2 tempat makan viral di Kuala Kangsar Perak. Antara lokasi tempat makan viral pertama yang kami pergi ialah di Selera Kampung Bendang Panjang.

Tempat ni kami tak ambil gambar kerana suasana yang menarik hanya berada di bawah pokok getah. Selain itu, yang menarik pasal tempat makan ni ada banyak pilihan makanan. Bagi kami berbaloi juga sampai di sini banyak menu tempatan yang kami cuba sedap.

tempat makan viral kedua kami pergi di Lepak Kampung Talang Kuala Kangsar Perak. Tempat ni bagi aku sangat menarik kalau nak ambil gambar dan banyak juga pilihan makanan. Anda yang kalau peminat makanan KOREA ada juga terdapat di sini.

Bagi aku 2 tempat ni pun dah bagi kenangan manis merantau di negeri orang dan mencuba makanan tempatan di sana. Apa lagi yang menarik di Lepak Kampung Talang Kuala Kangsar Perak?

Kami tidak lepaskan peluang untuk makan di dalam gelung di Lepak Kampung Talang Kuala Kangsar Perak. Ada kadar sewa yang berpatutan untuk anda guna tempat makan dalam gelung yang ada “aircond”.

Sebelum kami pulang ke destinasi, ini adalah destinasi terakhir sebelum pulang. Ternyata pengalaman 2 hari 1 malam kami chalet di tepi sungai Perak, D'Rumah Bonda River View di Kuala Kangsar ini merupakan pengalaman yang kami ingin ceritakan kepada pembaca bahawa ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai selain melancong di Negara jiran seperti thailand dan indonesia.

Itu sahaja pengalaman yang dapat kami kongsikan sepanjang 2 hari 1 malam kami berada di Chalet Tepi Sungai di Perak D'Rumah Bonda River View di Kuala Kangsar. Semoga maklumat ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat sebelum anda membuat keputusan untuk menginap di sini.

Jika anda ingin menginap di D'Rumah Bonda River View di Kuala Kangsar anda boleh hubungi no ini di talian 019-222 3060 . Bagi tahu dapat no ni daripada En Mohd Rawi mana lah tahu dapat diskaun.

Susah selesai pembacaan cuba komen di ruangan komen sebagai tanda penghargaan kepada perkongsian ini. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

(Visited 924 times, 1 visits today)

Mohd Rawi Bin Othman

Jom Subscribe Newsletter

SUBSCRIBE Newsletter dari Blog MohdRawi.Com & anda tidak akan terlepas maklumat dari saya. Selain itu, Bonus percuma untuk dapat ilmu pemasaran online secara percuma serta cara ilmu buat duit online.

This field is required.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top