5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee

Tahukah anda,kini sangat mudah anda untuk memulakan perniagaan online. Jika anda tidak tahu apakah produk sesuai untuk menjual secara online hanya dari rumah, anda boleh rujuk pada perkongsian daripada saya mengenai 5 idea perniagaan hanya dari rumah. Kini ada satu lagi platform yang sangat bagus untuk anda memulakan perniagaan online melalui laman SHOPEE. Tahukah anda, laman SHOPEE MALAYSIA, telah menjadi salah satu daripada tempat membeli belah secara online rakyat Malaysia. Dengan liputan meluas pihak SHOPEE iklan promosi melalui media social, melalui penajaan  berskala besar dan liputan media yang meluas menyebabkan pelanggan memilih untuk membeli barangan di Shopee dan dengar cerita harga pun berpatutan.

Menurut statistik yang diambil, semakin hari pelawat semakin memilih laman SHOPEE menjadi salah satu tempat membeli belah secara online. Memang amatlah rugi kepada mereka yang tidak berminat untuk ketahui cara bagaimana membeli belah secara online menggunakan platform Shopee.

fakta pelawat shopee 2018

 

Untuk pengetahuan anda, ramai telah menyedari akan peluang berniaga di laman SHOPEE MALAYSIA dan telah mengambil langkah pantas untuk produk mereka menjadi salah satu produk yang boleh dijumpai di SHOPEE MALAYSIA dan telah menjana pendapatan yang lumayan katanya 5 angka dan silap-silap lebih lagi.

 

Di sini saya nak ceritakan 5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee.

 

1) SHOPEE MEMPUNYAI “TOOLS” PEMASARAN YANG BOLEH MENINGKATKAN KESETIAAN PELANGGAN .

 

a) KUPON

  • Shopee banyak  menawarkan kupon sama ada dikeluarkan oleh shopee sendiri atau dikeluarkan oleh seller sendiri. Untuk pelanggan saya pernah dapat kupon new member dan kupon hari jadi untuk membuat pembelian di shopee. Kadang-kadang ada juga masuk notifikasi dapat kupon daripada seller di ruangan notifikasi promosi.

Coupon Discoint Shopee promosi

NOTIFIKASI KUPON PROMOSI DI SHOPEE

 

KUPON PROMOSI OLEH SHOPEE

 

BIRTHDAY KUPON

 

B- MEMPUNYAI SISTEM SHOPEE COIN REWARD .

  • Dengan sistem SHOPEE Coin Reward akan membuatkan pelanggan yang sedia ada akan lebih setia menantikan promosi yang menarik daripada SHOPEE. Setiap pembelian daripada SHOPEE anda akan mendapat 1 Coin = RM 1. Bukan itu sahaja, kadang-kadang yang seronok bila ada tawaran SHOPEE Shake waktu ni shake sakan la untuk dapatkan free coin.
  • Setelah anda mempunyai coin anda boleh tebus melalui pembelian barang daripada SHOPEE MALL atau SHOPEE PREFERRED SELLER.
  • Kalau anda tidak berminat untuk tebus daripada pembelian barangan di SHOPEE anda boleh tebus mana-mana promosi yang boleh ditebus menggunakan SHOPEE COIN.

Shopee coin Reward

PROMOSI SHOPEE SHAKE 

shopee coin reward refer friends

Kalau anda merupakan pelanggan baru boleh guna kupon MOHD595 untuk tebus kupon RM 7.

shopee coin reward redeem

 

C- SHOPEE SHOKING SALE.

  • Pihak SHOPEE mempunyai SHOPEE SHOCKING SALE mengikut waktu yang telah ditetapkan. Berdasarkan maklumat daripada SHOPEE, barangan yang ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Rugi siapa tidak pernah cuba membeli daripada SHOPEE SHOCKING SALE.

Shoking sale

 

D- PENILAIAN PELANGGAN PEMBELI BARANGAN DI SHOPEE

  • Sebelum membeli barangan terutamanya barangan yang harga mahal atau elektronik, pastinya pelanggan akan melihat penilaian pelanggan dahulu sebelum membuat pembelian.
  • Ini akan mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh pelanggan. Biasanya sebelum saya membeli apa-apa barangan daripada penjual saya akan cuba hubungi penjual melalui chat dan bertanyakan beberapa soalan mengenai produk itu sehingga saya yakin untuk membelinya.

penilaian pelanggan di shopee

 

2) FREE SHIPPING & CASH ON DELIVERY

 

  • SHOPEE telah memperkenalkan Shopee free Shipping dimana ia telah menarik bukan sahaja pembeli membeli di SHOPEE tapi juga telah menarik perhatian penjual untuk mengambil peluang mendapatkan tawaran ini dimana pihak SHOPEE akan menanggung kos penghantaran berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh mereka.
  • Untuk pengetahuan anda juga, dalam sistem SHOPEE juga mempunyai fungsi/perkhidmatan Cash On Delivery (COD).

shopee malaysia free shipping & COD

 

3) PEMBAYARAN MUDAH MELALUI ONLINE.

 

  • SHOPEE menawarkan pembayaran mudah sama ada berminat untuk COD ataupun pembayaran menggunakan “online banking” ataupun cash deposit machine.
  • Pembeli tiada alasan lagi mempunyai masalah untuk membuat pembayaran menggunakan platform SHOPEE. Kalau ada alasan lagi suruh mereka berhubung dengan penjual melalui ruangan chat supaya penjual boleh membantu pembeli untuk memudahkan proses pembelian mengunakan platform SHOPEE.

 

4) SHOPEE UNIVERSITY

 

  • Di samping anda menjual di SHOPEE MALAYSIA, anda boleh belajar cara menggunakan platform secara percuma menggunakan platform SHOPEE. Tapi Cuma basic kepada mereka yang baru nak mula menjual menggunakan platform SHOPEE MALAYSIA. Untuk dapatkan maklumat berkaitan program Percuma ini anda kena sentiasa ALERT jadual program yang dikeluarkan oleh pihak SHOPEE University.
  • Anda boleh merujuk melalui info melalui laman ini uni.shopee.com.my.

shopee university

 

5) ANDA BOLEH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE DI SHOPEE SECARA PERCUMA SAHAJA.

 

  • Bagi peniaga pula, ini merupakan peluang yang tidak masuk akal kerana, dengan liputan meluas membawa pelawat ke laman membeli belah secara online SHOPEE MALAYSIA, anda tidak perlu membayar yuran bulanan atau tahunan pun untuk beriklan di platform Shopee malahan segala fungsi yang ditawarkan kepada peniaga untuk menyenaraikan produk mereka di laman SHOPEE MALAYSIA adalah percuma.
  • Cuma jika anda berminat untuk meningkatkan lagi jualan kedai online anda, fungsi iklan boleh dihidupkan dan anda perlu membayar pada pihak Shopee berdasarkan terma dan syarat .

Itu sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis. Sebagai tanda penghargaan, saya berminat untuk memberikan Panduan Buat Duit dengan Shopee ini secara PERCUMA. Macam mana nak dapatkan E-book ini ?

 

Sila ikuti langkah untuk dapatkan Panduan ini secara percuma.

  1. Sila kongsikan post ini pada facebook anda.
  2. KLIK TULISAN BEWARNA BIRU DI BAWAH. MASUKKAN NAMA DAN EMAIL DAN SELEPAS ITU SEMAK EMAIL ANDA UNTUK DOWNLOAD PANDUAN.

>>> KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN BUAT DUIT DENGAN SHOPEE<<<

 

Jika anda, betul-betul serius untuk menjana pendapatan melalui online dengan menggunakan platform SHOPEE MALAYSIA, saya cadangkan anda boleh dapatkan panduan berbayar, mereka merupakan salah seorang penjual yang telah menggunakan segala cara untuk tingkatkan jualan melalui Shopee. Cuma mereka bukukan strategi ini agar mereka yang mendapatkannya bakal memperoleh manfaat daripada panduan ini.

Saya tak paksa anda untuk dapatkan panduan berbayar. Jika anda betul-betul serius, Sila klik Panduan Bisnes Shopee

PANDUAN BISNES SHOPEE MALAYSIA: KLIK SINI

Jika anda ada pendapat atau pandangan lain sila komen diruangan komen. Jika anda rasakan artikel 5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee ini dapat membantu anda sila kongsikan artikel ini kepada rakan, saudara atau siapa-siapa yang memerlukan.

(Visited 103 times, 1 visits today)

1 thought on “<thrive_headline click tho-post-976 tho-test-14>5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee</thrive_headline>”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge