Mardi Cameron Highland -Cameron Highland-kincir angin

6 Tempat Menarik di Cameron Highland Perlu di Lawati

Hari ini saya nak kongsikan antara tempat menarik di Cameron Highland yang rugi anda tidak lawati. Pengalaman yang kami kongsikan ini adalah review jujur yang kami rasa sempat dilawati dikala jalan jem di Cameron highland kalau waktu cuti.

Kami nasihatkan rancang perjalanan anda sebelum ke Cameron Highland supaya tidak menghabiskan masa hanya di jalan raya sahaja. Dalam kes kali ini kami pergi ke Cameron Highland perancangan last minit kerana pening tidak tahu nak bercuti dimana dalam waktu cuaca yang panas ni, nasib terfikir nak pergi ke Cameron Highland dan allhamdulillah dapat pergi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Saya sempat bercuti selama 3 hari 2 malam ke Cameron Highland cuma bertolak hari jumaat itu agak lewat kerana ada urusan. Saya bertolak dari shah alam ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih termasuk berhenti rehat sekejap.

Kami naik ke Cameron Highland melalui Jalan Tapah hampir senja dan sampai malam. Saya tidak galakkan anda naik malam kerana agak merbahaya kalau tidak biasa dengan jalan bengkang bengkok dan penumpang anda boleh rasa pening, so saya nasihatkan naik pagi atau petang paling selamat.

Untuk hari pertama kami tinggal di hotel bajet Kavy Hotel Boutique jer dapat offer dari Agoda RM 75 lepas dah tolak diskaun dan offer dari agoda. Kalau anda walk in harga lagi mahal lah. Kami ambil keputusan untuk menginap hotel bajet kerana sampai pun dah malam dan esok pagi-pagi dah nak mulakan perjalanan.

Malam kedua kami menginap di Nova Highland Resort and Residence kerana malam di sekitar kawasan situ agak menarik, anda boleh mencubanya sendiri kerana pemandangan pada waktu pagi sangat menarik serta di bawah Nova Highland Resort ada mall anda boleh mengisi masa malam anda di sana. Saya booking menggunakan Aplikasi mobile Airbnb. Anda boleh klik melalui link ini untuk claim diskaun RM 120 jika anda pengguna baru. Klik sini >> Airbnb booking Voucher

Saya cadangkan kepada anda kalau lagi terbaik cari hotel Cameron Highland di Kawasan Brinchang kerana dah berdekatan dengan tempat menarik di Cameron Highland dan juga bagi mengelakkan jem semasa perjalanan ke tempat menarik. Nasihat saya booking hotel awal kerana hari weekend pun orang ramai nak pergi ke Cameron Highland.

Kalau anda mencari Hotel Budget Cameron Highland, anda boleh klik perkongsian saya sebelum ini melalui link di bawah:

LINK >> 4 Cara Mencari Hotel Bajet Di Cameron Highland

Di sini saya kongsikan tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati jika ke Cameron Highland.

1) Green View Garden Cameron Highland

  • Tempat ni saya suka kerana ada banyak tempat menarik dalam Green View Garden ni. Kalau anda hendak ke sini anda menghala jalan ke simpang pulai. Tapi kalau anda naik dari Simpang Pulai ke Cameron Highland dah dekat. Bagi mereka yang memulakan perjalanan ke sini tempat ini mempunyai kemudahan lengkap seperti tandas, Café dan tempat istirehat.
  • Antara tarikan yang menarik di Green View Garden Cameron Highland adalah ada Ladang Strawberry , Bunga Lavender dan lain-lain bunga, Mini zoo boleh bagi makan haiwan dan kalau nak beli Coklat di sini ada banyak pilihan, Kincir Angin Belanda, Replika Rumah Pantai warna warni dan mini boat untuk kanak-kanak yang gemar bermain air.
  • Untuk Mini zoo tu ada kambing, Ayam, Arnab dan itik sahaja waktu kami pergi, akan datang mungkin mereka tambah lagi kot. Kami dikenakan bayaran untuk masuk dan dibekalkan makanan haiwan untuk beri makan haiwan di mini zoo. Bayaran Dewasa RM 10 sahaja kanak-kanak tidak pasti kerana anak kami masuk percuma kerana masih kecil lagi.

Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di sana.

green view garden-cameron highland

Replika Rumah Pantai warna warni

green view garden-cameron highland-kincir angin belanda

Kincir Angin Belanda

green view garden-cameron highland-Mini Zoo

Mini zoo

green view garden-cameron highland-Mini Zoo-2

 

2) Lavender Garden Cameron Highland

  • Siapa yang suka bunga pasti tempat ini menjadi pilihan utama mereka dengan terdapat banyak shoot tempat gambar menarik untuk yang suka bunga. Untuk masuk ke sini ada dikenakan bayaran RM 10 dewasa dan RM 5 Kanak-kanak.
  • Apa yang menarik di Lavender Garden Cameron Highland adalah kereta antik, Little Home Boxes, Kereta antic, mural art di dinding, castle lavender garden, tempat pembuatan coklat, ladang strawberry petik sendiri dan banyak laman bunga-bunga yang cantik.
  • Kelengkapan asas untuk pengunjung ada seperti tandas dan café serta ada laman cenderahati di sini jika anda berminat untuk membeli cenderahati untuk rakan-rakan anda. Nasihat saya anda kene sediakan cash banyak-banyak sebelum pergi ke tempat-tempat menarik di Cameron highland kerana kebanyakkannya mereka banyak terima cash sahaja.

Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di Lavender Garden Cameron Highland.

Lavender Garden -Cameron Highland-main enterence

Pintu Utama Cameron Lavender

 

Lavender Garden -Cameron Highland-kereta antik 1

Kereta Antik Cameron Lavender Garden

Lavender Garden -Cameron Highland

Laman Bunga 

Lavender Garden -Cameron Highland-3d art wall 2

3D ART Castle 

Lavender Garden -Cameron Highland-3d art wall

Lavender Garden -Cameron Highland-laman bunga

Laman Bunga

Lavender Garden -Cameron Highland-laman bunga 2

Laman Bunga

Lavender Garden -Cameron Highland-laman bunga 1

 

3) Ladang BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highland

  • Tempat ini bagi kami sangat legend kerana anda akan meredah laluan sempit masuk ke kawasan ini dan anda bakal disajikan dengan pemandangan ladang teh yang sangat sedap mata memandang.
  • Selain itu juga, anda bakal menaiki tangga Panjang, berjalan kaki untuk ke atas. Tempat ini mungkin tidak sesuai untuk orang tua yang mempunyai masalah kesihatan kerana kena menaiki tangga untuk menuju Boh Tea centre di atas, tapi cuba lah runding abang pengawal di sana untuk meminta kebenaran menghantar orang tua anda ke atas dengan menaiki kereta.
  • Kalau tiba anda di sana antara tempat yang menarik anda boleh lawati di Ladang BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highland adalah mengambil gambar di ladang Teh mereka, Lawatan Kilang Teh Boh, Minum teh di Café mereka dengan pemandangan menghadap ladang Teh Boh . Kalau nak layan sarapan pagi atau minum petang pun menarik di sini, Cuma mereka tutup pukul 4.30 petang.
  • Macam kami lebih suka di sini kerana ingin menikmati pemandangan di waktu pagi sambil minum teh di cafe mereka, sangat nyaman. Lepas anda dah minum di cafe jangan lupa pergi membeli di kedai teh boh mereka kerana ada jual teh boh premium yang tidak terdapat di kedai runcit biasa.

Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di Ladang BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highland.

Ladang BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highland-pemandangan tepi menaiki tangga

Pemandangan dari tepi tangga menaiki ke tea boh centre

Ladang BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highland

laman utama Ladang BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highland

Laman utama Tea Boh Centre Sungei Palas

Pemandangan Cafe Ladang BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highland

Pemandangan ladang teh boh pada tepi cafe Teh Boh

Cafe Ladang BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highland

Minum pagi di cafe teh boh 

 

4) Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands

 

  • Tempat ini antara tempat yang sangat popular kepada mereka yang biasa berkunjung ke Cameron Highland. Kemudahan yang lengkap terdapat food truck , kedai makan, Surau, Tandas kemudahan parking kereta dan bus.
  • Antara tempat menarik yang terdapat di Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands sewaktu saya berkunjung di sana Kilang Teh,Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands, Ladang contoh strawberi, taman bunga , taman rama-rama, mini pet (arnab) dan tanaman buah apel, buah anggur buah jagung.

Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan  di Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands

Mardi Cameron Highland -Cameron Highland

Laman tepi pintu masuk Mardi Cameron Highland

Mardi Cameron Highland -Cameron Highland-kincir angin

Kincir angin di Mardi Cameron Highland

Mardi Cameron Highland -Cameron Highland-1

Menara Jam , Mardi Cameron Highland

Mardi Cameron Highland -Cameron Highland-bunga lavender

Bunga Lavender, Mardi Cameron Highland

Mardi Cameron Highland -Cameron Highland-laman bunga

Laman Bunga 

 

Taman rama-rama mardi cameron highland

Taman rama-rama Mardi Cameron Highland

taman rama-rama cameron highland

 

5) 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)

 

  • Tempat makan menarik di Cameron Highland bagi kami adalah di cafe abang strawberry lah kerana apa yang menariknya adalah menu makan tengah hari dari minum, pencuci mulut sampai menu makan yang unik sesuai untuk anda cuba.
  • Dekat sini anda boleh petik sendiri buah strawberry atau beli dah siap bungkus untuk dibawa balik. Kenapa kami cadangkan di sini untuk petik strawberry kerana kami suka rasa coklat yang sedap jika dikenakan dengan strawberry segar dari ladang. Harga petik strawberry sendiri di ladang mereka adalah dari RM 7 per 100 gram. Tempat ni pukul 4.30 pm dah tutup dah so kalau nak datang makan tengah hari memang ramai orang berkunjung disini. Parking kereta agak terhad , kami cadangkan turunkan penumpang dahulu di abang strawberry dan lepas itu cari parking berdekatan.
  • Berdekatan kawasan situ ada banyak tempat cafe dan ladang strawberry kalau anda tidak dapat tempat untuk makan di cafe abang strawberry, so anda ada pilihan.

Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan  di 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry), Cameron Highland

200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) cameron highland

Ladang 200 Seeds Abang Strawberry 

200 Seeds Cafe Abang Strawberry cameron highland

 

6) Pasar berdekatan KEA FARM

 

  • Sebelum balik kalau nak beli sayur segar, Ubi manis cameron highland, Jagung Cameron Highland dan strawberry murah jangan lupa pergi pasar di sekitar jalan nak masuk ke KEA FARM. Kami tidak sempat mengambil gambar di sini kerana sibuk membeli belah untuk di bawa sebelum perjalanan pulang.
  • Kalau datang tempat ni pagi-pagi gerai untuk beli sarapan pagi ada dibuka disini. Pesanan kami jangan lupa bawa cash banyak sikit kerana mungkin anda akan rambang mata melihat buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk dibawa pulang.

Terima kasih kerana sudi melihat perkongsian di blog MohdRawi.Com. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kalau ikutkan banyak lagi tempat menarik di sekitar kawasan Cameron Highland, tapi kali ini saya kongsikan antara tempat menarik di Cameron Highland yang bagi saya rugi kalau anda terlepas untuk lawati.

Sebagai hadiah pengunjung blog MohdRawi.Com saya berikan Voucher Penginapan Airbnb. Klik gambar dibawah untuk claim credit RM 120 (pengguna baru Airbnb) untuk booking penginapan di Cameron Highland menggunakan Airbnb.

Cupon Airbnb

Saya mohon kepada anda untuk kongsikan artikel ini di media social atau kepada mereka yang memerlukan, serta jangan lupa tinggalkan komen jika anda ada pendapat atau cadangan tempat menarik di Cameron Highland selain tempat yang dinyatakan di atas. Terima kasih.

 

(Visited 3,906 times, 1 visits today)

Mohd Rawi Bin Othman

Jom Subscribe Newsletter

SUBSCRIBE Newsletter dari Blog MohdRawi.Com & anda tidak akan terlepas maklumat dari saya. Selain itu, Bonus percuma untuk dapat ilmu pemasaran online secara percuma serta cara ilmu buat duit online.

This field is required.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top