6 Cara Menjual Di Shopee Terkini

Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini di Malaysia telah menjadi antara tempat tumpuan rakyat Malaysia untuk mencari barang yang diperlukan.

Berikutan dengan keadaan sekarang, permintaan untuk membeli secara online meningkat dengan cepat. Rugi siapa yang tidak ambil peluang beriklan di laman “e-commerce” seperti Shopee.

Oleh itu, ini adalah peluang yang sangat bagus untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan online menggunakan platform Shopee.

Apakah bukti yang menunjukkan platform Shopee menjadi tempat pilihan usahawan untuk mengiklankan produk mereka?

Sila rujuk statistik yang telah saya berikan di bawah. Anggaran jumlah pelawat shopee sehingga bulan lepas March 2020 telah mencapai 28.13 Juta pelawat sebulan.

(Statistik ini di ambil dari sumber: Similarweb -Update March 2020)

Dengan jumlah pelawat yang ramai ini memberikan peluang kepada mereka yang menggunakan platform jualan di Shopee untuk buat duit secara online dengan mudah.

Oleh itu, Shopee telah menjadi tempat tumpuan  untuk mereka yang mempunyai produk fizikal, menggunakan platform Shopee sebagai platform pemasaran online selain menggunakan media social.

Selain itu, antara perkara lain yang menyebabkan ramai suka menjual produk mereka di Shopee adalah kerana:

  1. Tidak wajib ada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dah boleh iklankan produk di Shopee. (Bagi saya anda untuk langkah menepati arahan kerajaan kepada peniaga online, sebaik baiknya anda perlu daftar SSM)
  2. Anda tidak wajib perlu ada akaun semasa dah boleh iklankan produk di Shopee. (Bagi saya, lagi bagus kalau ada akaun semasa kerana tidak bercampur dengan akaun peribadi kita)
  3. Tiada komitment kontrak . Contoh anda jika anda ingin daftar di Shopee, anda tidak terikat dengan kontrak yang sangat ketat perlu memberi komitment dalam tempoh tertentu.
  4. Kadar bayaran yang murah kepada shopee hanya mengikut caj per transaksi sebanyak 2%. Maksudnya, setiap barang yang terjual, pihak shopee hanya kenakan bayaran kepada mereka sebanyak 2.12 % sahaja termasuk gst.
  5. Paling menarik, mereka mempunyai “FREE SHIPPING PROGRAM”
  6. Pihak Shopee sentiasa membuat kempen pemasaran di Seluruh Malaysia.

Bagaimana Cara Menjual Di Shopee ?

Jika anda belum lagi tahu cara menjual di shopee, beberapa perkongsian ini bakal memudahkan anda untuk memulakan cara menjual di shopee secara asas. Antara cara berniaga di Shopee adalah:

1) Pilih produk apa yang ingin lakukan jualan di Shopee

Sebelum kita iklankan produk kita di shopee, saya galakkan anda untuk membuat sedikit kajian kata kunci atau pemerhatian terhadap pesaing kita yang menjual produk yang sama dengan anda di Shopee.

Sebagai contoh, anda ingin lihat pesaing menjual produk tudung budak. Sila taip pada ruangan carian produk “Tudung Budak” dan lihat beberapa perkataan tambahan  yang keluar berdasarkan cadangan oleh pihak Shopee berdasarkan carian daripada pelawat.

Melihat Kata Kunci Di Shopee

Selepas itu, sila lihat pesaingan berdasarkan produk anda atau industri. Sila liha gambar di bawah.

Melihat Pesaiangan

Anda boleh lihat bagaimana mereka paparkan gambar, tajuk produk, dan maklumat produk. Sila lihat juga kepada faktor yang menyebabkan jualan mereka mendapat jumlah jualan yang tinggi. Adakah tawaran yang pesaing anda jual terlalu murah atau mereka mempunyai gambar atau maklumat produk yang jelas.

Jika anda tidak jumpa produk yang sama dengan anda, sila lihat kepada pesaing mengikut kategori atau industri anda.

Jika anda lihat, pesaing anda terlalu ramai di Shopee, saya cadagkan anda cuba berikan tawaran yang menarik yang unik dan tidak mengeluarkan modal, tetapi menarik minat pembeli membeli dengan anda berbanding pesaing anda.

Jika anda tiada produk, anda boleh rujuk perkongsian saya sebelum ini mengenai idea perniagaan dari rumah. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

[ Panduan Idea perniagaan dari rumah anda. ]

Selepas anda tekan link di atas, sila rujuk perkongsian saya yang berkaitan dengan produk. Pada artikel itu anda boleh tengok beberapa pembekal anda boleh jadi ejen dropship kepada mereka.

Selepas anda sudah siapkan gambar yang menarik , tajuk yang mengikut carian kata kunci di Shopee serta maklumat lanjut mengenai produk, anda boleh teruskan pendaftaran anda di shopee.

2) Melakukan langkah pertama untuk menjual di Shopee dengan melakukan pendaftaran.

Pertama sekali sila klik sini untuk pergi ke laman => [ Shopee.com.my ]

Paparan Versi Desktop

Jika anda sudah mempunyai akaun, anda boleh teruskan log masuk/ “login” dan masukkan maklumat anda. Paparan bertanda bulan ini adalah akaun saya akan keluar selepas saya log masuk.

Jika anda belum daftar lagi anda boleh klik daftar pada ruangan sebelah log masuk. Sila ikut arahan semasa mengisi borang pendaftaran.

Untuk pengetahuan, anda boleh download apps shopee di smartphone anda. Sila lihat gambaran shopee dalam versi mobile.

Paparan Versi Mobile

3) Untuk Menjual Di Shopee Anda Perlu Lengkapkan Kedai Online Anda.

Klik “Seller Centre” dipenjuru sebelah kiri atas

Seller Centre

Untuk melihat paparan “ Seller Centre” anda perlu bukak shopee versi desktop.

Anda sila scroll ke bawah hingga jumpa Profile Kedai dan tekan.

Profile Kedai

Sila lengkapkan maklumat nama kedai anda, pastikan ianya sesuai dengan apa yang anda hendak jual. Biasanya orang suka letak nama jenama produk atau nama kedai anda yang biasa guna atau nama jenama syarikat anda.

Maklumat kedai

Seterusnya sila letakkan juga maklumat ringkas mengenai kedai anda. Perkara ini penting untuk pelanggan di shopee mengenali perniagaan anda.

4) Seterusnya Muat Naik “Upload” Produk di Shopee

Seterusnya kita pergi kepada cara untuk muat naik produk di Shopee

Cara untuk “listing”/masukkan produk anda, sila ikuti langkah di bawah:

Langkah 1: Klik “Seller Centre” dipenjuru sebelah kiri atas

Untuk melihat paparan “ Seller Centre” anda perlu bukak shopee versi desktop.

Seterusnya, anda akan di bawa ke laman seperti di bawah:

Sila tekan tambah produk baru untuk masukkan produk anda di Shopee.

Selepas itu, paparan anda akan nampak seperti dibawah.

Sila masukkan tajuk yang sesuai dan sila pilih kategori yang sesuai untuk produk anda.

Kesilapan anda memilih kategori menyebabkan mungkin maklumat produk anda tidak dapat sampai kepada pelanggan yang betul-betul mencari produk mengikut kategori.

Selepas itu, anda di mintak lengkapkan maklumat produk anda pada laman seperti di bawah:

Sila masukkan maklumat lanjut mengenai produk anda dan juga maklumat-maklumat yang lain.

Menerusi maklumat terbaru dari pihak Shopee, untuk masukkan produk ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan iklan produk kita tidak diluluskan antaranya adalah:

  1. Jangan masukkan “Emoticons” di tajuk. 
  2. Penggunaan huruf besar yang betul,unit pengukuran, dan deskriptif. Contoh tajuk tidak diluluskan seperti -AVENGERS SCHOOL BAG 3D.
  3. Nama tajuk yang jelas dan ringkas
  4. Resolusi Imej 1024×1024 pixel dan ke atas
  5. Gambar yang jelas, kalau dapat gambar tiada warna pada latar belakang “background” hanya produk sahaja lagi bagus.

Untuk teknikal seterusnya saya minta anda untuk tonton video yang diberikan secara percuma.

Sila klik link ini untuk dapatkan aksess video Panduan Shopee: [ Panduan Shopee]

Teknikal mengenai shopee ini agak panjang, saya minta anda tonton melalui video untuk mudah faham.

5) Jika Anda Serius Untuk Menjual Di Shopee Anda Perlu Tahu Cara Melakukan Pemasaran Mudah.

Untuk pengetahuan anda, topik pemasaran dan teknikal shopee yang seterusnya ada banyak. Kali ini saya ingin berikan panduan shopee secara percuma kepada anda.

Sila klik link ini untuk dapatkan aksess video Panduan Shopee: [ Panduan Shopee]

Antara tips yang saya nak kongsikan untuk anda yang sudah letak produk anda di shopee, anda boleh copy link produk anda dan kongsikan link itu di page facebook anda atau maklumkan kepada pelanggan anda yang produk anda boleh didapati di shopee.

Perkara penting yang saya nak tekankan kepada anda adalah, minta pelanggan berikan maklumbalas/peniaian mengenai produk anda atau kedai anda. Lagi bagus jika mereka masukkan gambar.

Tahukah anda, pelanggan sebelum mereka membeli produk di Shopee, mereka akan lihat “Review”/ Penilaian mengenai kedai anda. Jika tiada pelanggan memberi penilaian, menyebabkan pelanggan tidak berminat untuk mendapatkan produk daripada anda.

6) Perlu ada Mentor sebagai tempat rujukan untuk permulaan perniagaan.

Ini adalah perkara paling penting jika saya ingin menggunakan platform ecommerce. Kebiasaannya saya akan membeli panduan untuk tambah ilmu dan juga sebenarnya perkara yang paling penting adalah kita perlukan Mentor dalam perniagaan kita agar kita tidak ulangi kesilapan yang Mentor kita pernah lakukan sebelum ini.

Untuk kita capai kejayaan dengan lebih cepat, kita sudah tidak lagi ulangi kesilapan melalui ilmu yang di sampaikan dan rajin bertanya jika tidak faham dengan panduan yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda, maklumat yang saya berikan ini adalah maklumat asas sahaja untuk anda pelajari secara mudah cara berniaga di Shopee. Sebenarnya ada banyak lagi tips bagaimana anda boleh berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan menggunakan laman Shopee ini untuk menjual produk anda.

Jika anda betul-betul serius dan ingin terus belajar cara berniaga di Shopee dengan lebih mendalam lagi, saya cadangkan anda dapatkan Panduan Shopee secara percuma menerusi link di bawah.

Sila klik link ini untuk dapatkan aksess video Panduan Shopee: [ Panduan Shopee]

Insyallah, kalau ada panduan terbaru yang sangat berguna atau maklumat mengenai Bisnes Shopee saya akan emailkan juga kepada anda jika anda klik link panduan shopee dan masukkan maklumat yang di perlukan. Seperti kata guru saya, kita perlukan Mentor perniagaan kerana apa kesilapan yang beliau sudah lalui itu, kita jangan ulangi. Pasti ada jalan terbaik yang di ajar dari panduan itu telah membuatkan ramai telah berjaya buat duit melalui Shopee.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian artikel ini. Saya sangat-sangat perlukan anda klik “share” kongsikan maklumat ini kepada yang memerlukan.

 Insyallah jika anda panjangkan lagi maklumat ini, secara tidak langsung anda juga bakal mendapat pahala dan keberkatan menerima ilmu.

Sila komen diruangan komen jika ada pertanyaan atau pendapat. Insyallah post ini saya akan kemaskini jika diperlukan.

(Visited 2,169 times, 1 visits today)

Mohd Rawi Bin Othman

Jom Subscribe Newsletter

SUBSCRIBE Newsletter dari Blog MohdRawi.Com & anda tidak akan terlepas maklumat dari saya. Selain itu, Bonus percuma untuk dapat ilmu pemasaran online secara percuma serta cara ilmu buat duit online.

This field is required.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

1 thought on “6 Cara Menjual Di Shopee Terkini”

  1. Pingback: 7 Idea Perniagaan Dari Rumah [UPDATE 2020] | MohdRawi.Com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top