Isi Kandungan
Tips kali ini saya kongsikan khas untuk anda yang tercari apa pemasaran terkini sesuai untuk di peraktikkan masa kini.
Dengan adanya bantuan program dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
memberi bantuan rebate pembelian “smartphone” RM 200 dan juga geran RM 1000 terhadap rakyat malaysia dan juga Usahawan, maka semakin ramai menggunakan medium online sebagai carian maklumat.
Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia di jangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM 1.8 bilion pada 2010.-Sumber Berita Harian online.
Hal ini merupakan peluang kepada anda yang sudah berkecimpung dalam pemasaran online,cuma anda mungkin tidak tahu strategi yang sesuai untuk di gunakan bagi meningkatkan jualan anda.
Jangan Risau saya akan kongsikan kepada anda, Teruskan pembacaan anda..
– Tahukah anda bahawa salah satu tujuan para pengguna melayari internet adalah kerana untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan. Oleh itu, strategi ini di gunakan berupaya menarik pelanggan dengan cara menyediakan pelbagai maklumat yang di cari oleh pelanggan.
– Maklumat tersebut mungkin boleh jadi artikel, video hasil penyelidikan dan sebagainya, mengikut daya kreativiti anda.
– Maklumat anda perlu relvan dengan jenis perniagaan yang hendak di jalankan.Sebagai contoh kedai menjual barangan kecantikan, anda boleh memberikan tips-tips berkaitan kecantikan dapat membina kepercayaan pelanggan.
– Salah satu strategi pemasaran dunia maya sedang menjadi satu trend adalah mobile marketing. Mobile adalah satu strategi pemasaran yang mengarahkan pada pelanggan yang sering menggunakan telefon bimbit atau tablet. Para peniaga harus mereka bentuk laman web perniagaan agar “user friendly” mudah di akses dengan alat mudah alih.
– Tahukah anda bahawa ramai pengguna melakukan pembelian menerusi telefon bimbit di mana mereka mendapatkan maklumat produk hanya melalui “smartphone”.
– Maksudnya adalah anda menjalankan perniagaan anda melalui media sosial dan menguruskan kandungan pada setiap hari. Ini bermakna anda perlu kerap berkomunikasi dengan pelanggan anda melalui “newsletter” sekali atau dua bulan sekali.
– Jika anda menggunakan Facebook sebagai platform jualan anda, anda boleh berinteraksi hanya melalui “Fan Page” anda dengan “update” aktiviti jualan anda atau berkongsi tips-tips berkenaan dengan nich anda.
– Pemasaran berterusan ini menekankan pada promosi rangkaian media sosial. Selain itu, anda perlu menganalisis pelbagai data, misalnya demografi, feedback pelanggan, pendapat dan lain-lain hanya untuk mencari konsep produk perniagaan yang diinginkan pelanggan.
– Visual Marketing sudah pun menjadi trend masa kini. Bak kata pepatah 1 gambar boleh mewakili 1000 kata. Masa kini visual marketing menjadi lebih mudah dilakukan di dunia maya kerana adanya pelbagai laman perkongsian sosial seperti youtube, pinterest, instagram dan lain-lain.
Kreativiti gambar-gambar yang kreatif boleh menarik minat pelanggan untuk membeli produk anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda berminat dengan post ini sila lah like dan share supaya dapat memberi manfaat ini kepada rakan-rakan kita yang lain.
<<< Jika anda berminat nak cari sumber idea untuk entry anda klik sini.
Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…
Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…
Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…
Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…
ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…
Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…
View Comments
info yang terbaik , post yang membantu.
tips yg sgt berguna ni :D
Thanks farisya..
huwa....bestnye simple but very meaningful! :) http://www.nadiasecreto.com
tq cik nad.. atas komen yang di berikan.. ;-)
info yang menarik. sekarang ni ramai syarikat terutamanya syarikat besar yang dah beralih arah ke mobile marketing dgn penghasilan pelbagai apps. cam saya pun lagi minat membuat booking melalui apps sebab boleh buat dimana2 je :)