4 Cara Menulis Artikel Part 1

Sebagai seorang blogger pasti anda menghadapi situasi di mana anda kemungkinan akan terjebak dengan simptom-simtom kehabisan idea ketika hendak menulis entry.Setiap masaalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Harus Tahu !

Sebenarnya, kebanyakkan kita di malaysia ini, kurang pendedahan dengan budaya membaca.Oleh itu, ianya boleh
menjadi salah satu faktor kenapa mudah kehabisan idea ketika menulis entry.

Statistik Perpustakaan Negara yang membuat kesimpulan bahawa budaya membaca dalam kalangan masyarakat
Malaysia berada pada tahap membimbangkan sebenarnya tidak memberikan gambaran yang tepat tentang
tabiat membaca di negara ini-Sumber Utusan Malaysia.

Untuk mendapatkan idea yang “bombastik” anda boleh cuba tips ini:

# 1. Banyak membaca isu semasa.

– Dengan kerajinan anda membaca artikel berkaitan isu semasa pasti mudah untuk anda mengenal
pasti isu semasa yang tengah “HOT” masa kini pasti anda boleh di olah sebagai entry blog anda.

# 2. Boleh cerita pengalaman peribadi atau orang lain.

– Kebiasannya rakan blogger banyak ceritakan peristiwa mengenai percutian, pengalaman pahit dan manis
perkahwinan dan mungkin juga banyak kongsikan ilmu yang mereka dapat daripada program.

# 3. Boleh kongsikan tutorial apa sahaja.

– Anda boleh kongsikan tutorial berkaitan dengan “skill” anda, berkaitan blog atau apa sahaja
tutorial yang anda berminat untuk kongsikan asalkan memberi manfaat kepada pembaca.

# 4. Kongsikan berkaitan ilmu keagamaan.

– Kongsikan beberapa ilmu untuk kerohanian disamping anda memberikan ilmu jasmani. Ini juga
bagus untuk di jadikan sebagai idea entry penulisan anda kerana di samping menulis blog
anda juga boleh mendapat pahala dari perkongsian yang telah di berikan.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda mendapat idea untuk menulis artikel.

<<< Jom ketahui cara pemasaran online terkini 

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Klik Button ini untuk Follow =>

3 Comments

  1. Malaysia Tercinta February 8, 2014
    • Mohd Rawi Othman February 16, 2014
  2. Farid Laham February 19, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Anda Minat  
Nak Jana Penpadatan Sampingan ?

Sila Isikan Maklumat Anda Di Bawah: 

arrow-circle-o-down