Isi Kandungan
Hari ini saya nak kongsikan antara tempat menarik di Cameron Highland yang rugi anda tidak lawati. Pengalaman yang kami kongsikan ini adalah review jujur yang kami rasa sempat dilawati dikala jalan jem di Cameron highland kalau waktu cuti.
Kami nasihatkan rancang perjalanan anda sebelum ke Cameron Highland supaya tidak menghabiskan masa hanya di jalan raya sahaja. Dalam kes kali ini kami pergi ke Cameron Highland perancangan last minit kerana pening tidak tahu nak bercuti dimana dalam waktu cuaca yang panas ni, nasib terfikir nak pergi ke Cameron Highland dan allhamdulillah dapat pergi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Saya sempat bercuti selama 3 hari 2 malam ke Cameron Highland cuma bertolak hari jumaat itu agak lewat kerana ada urusan. Saya bertolak dari shah alam ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih termasuk berhenti rehat sekejap.
Kami naik ke Cameron Highland melalui Jalan Tapah hampir senja dan sampai malam. Saya tidak galakkan anda naik malam kerana agak merbahaya kalau tidak biasa dengan jalan bengkang bengkok dan penumpang anda boleh rasa pening, so saya nasihatkan naik pagi atau petang paling selamat.
Untuk hari pertama kami tinggal di hotel bajet Kavy Hotel Boutique jer dapat offer dari Agoda RM 75 lepas dah tolak diskaun dan offer dari agoda. Kalau anda walk in harga lagi mahal lah. Kami ambil keputusan untuk menginap hotel bajet kerana sampai pun dah malam dan esok pagi-pagi dah nak mulakan perjalanan.
Malam kedua kami menginap di Nova Highland Resort and Residence kerana malam di sekitar kawasan situ agak menarik, anda boleh mencubanya sendiri kerana pemandangan pada waktu pagi sangat menarik serta di bawah Nova Highland Resort ada mall anda boleh mengisi masa malam anda di sana. Saya booking menggunakan Aplikasi mobile Airbnb. Anda boleh klik melalui link ini untuk claim diskaun RM 120 jika anda pengguna baru. Klik sini >> Airbnb booking Voucher
Saya cadangkan kepada anda kalau lagi terbaik cari hotel Cameron Highland di Kawasan Brinchang kerana dah berdekatan dengan tempat menarik di Cameron Highland dan juga bagi mengelakkan jem semasa perjalanan ke tempat menarik. Nasihat saya booking hotel awal kerana hari weekend pun orang ramai nak pergi ke Cameron Highland.
Kalau anda mencari Hotel Budget Cameron Highland, anda boleh klik perkongsian saya sebelum ini melalui link di bawah:
LINK >> 4 Cara Mencari Hotel Bajet Di Cameron Highland
Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di sana.
Replika Rumah Pantai warna warni
Kincir Angin Belanda
Mini zoo
Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di Lavender Garden Cameron Highland.
Pintu Utama Cameron Lavender
Kereta Antik Cameron Lavender Garden
Laman Bunga
3D ART Castle
Laman Bunga
Laman Bunga
Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di Ladang BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highland.
Pemandangan dari tepi tangga menaiki ke tea boh centre
Laman utama Tea Boh Centre Sungei Palas
Pemandangan ladang teh boh pada tepi cafe Teh Boh
Minum pagi di cafe teh boh
Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands
Laman tepi pintu masuk Mardi Cameron Highland
Kincir angin di Mardi Cameron Highland
Menara Jam , Mardi Cameron Highland
Bunga Lavender, Mardi Cameron Highland
Laman Bunga
Taman rama-rama Mardi Cameron Highland
Di bawah sedikit sebanyak gambar saya sempat ambil bersama isteri saya semasa berjalan-jalan di 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry), Cameron Highland
Ladang 200 Seeds Abang Strawberry
Terima kasih kerana sudi melihat perkongsian di blog MohdRawi.Com. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kalau ikutkan banyak lagi tempat menarik di sekitar kawasan Cameron Highland, tapi kali ini saya kongsikan antara tempat menarik di Cameron Highland yang bagi saya rugi kalau anda terlepas untuk lawati.
Sebagai hadiah pengunjung blog MohdRawi.Com saya berikan Voucher Penginapan Airbnb. Klik gambar dibawah untuk claim credit RM 120 (pengguna baru Airbnb) untuk booking penginapan di Cameron Highland menggunakan Airbnb.
Saya mohon kepada anda untuk kongsikan artikel ini di media social atau kepada mereka yang memerlukan, serta jangan lupa tinggalkan komen jika anda ada pendapat atau cadangan tempat menarik di Cameron Highland selain tempat yang dinyatakan di atas. Terima kasih.
Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…
Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…
Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…
Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…
ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…
Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…