Kerja Kosong di Singapura

Kisah Pengalaman Kerja Di Singapura Di Jadikan Panduan

Anda Berminat Kerja Di Singapura ? dalam post ini saya nak kongsikan kepada pembaca sedikit kisah pengalaman kerja di Singapura yang perlu anda tahu sebelum anda berhijrah mencari jawatan kosong kerja di Singapura. Saya akan kongsikan beberapa kisah pengalaman rakan-rakan saya yang berhijrah kerja di Singapura.

Kenapa ramai rakyat Malaysia berhijrah mencari peluang pekerjaan di Singapura ? ini kerana matawang Singapura lebih tinggi dari Malaysia.

Perbandingan Matawang Singapura dan Malaysia

( Maklumat ini di ambil pada 5.6.17 jam 11.00 PM )

Tahukah anda, ramai tidak tahu cara bagaimana anda boleh mencari peluang untuk bekerja di Singapura. Ada yang guna agen untuk uruskan semua berkaitan cari kerja di Singapura tapi harga agak mahal dan ada juga yang kene tipu.

Berikut di bawah antara contoh list kerja kosong dari Singapore di mana menawarkan gaji yang lumayan kalau kita bandingkan dengan Matawang Malaysia.

kerja kosong singapore

Bayangkan kerja “Cleaner” di Singapura pon dah boleh gaji tinggi macam gaji Eksekutif di Malaysia. So yang mana rasa masa SPM tak kemana, rasa macam tak ada harapan kerja gaji tinggi di Malaysia, boleh mencuba nasib di Singapura. Manalah tahu, nasib anda baik.

Sebab itu, ada di antara mereka yang kerja sementara jer di Singapura lepas tu dapat simpan untuk bayar PTPTN atau dah cukup untuk belanja kahwin dalam 1 atau 2 tahun kerja di Singapura dah boleh langsai. Ada juga yang di antara mereka yang bekerja sementara di sana balik di Malaysia buat sedikit pelaburan beli rumah dan buat rumah sewa.

Tu kalau anda kerja di Singapura tapi tinggal di Johor ( Malaysia ) . Tapi kalau anda kerja di Singapura tapi tinggal di sana juga, taraf hidup agak tinggi lah. Jarak di antara Johor dan Singapura dalam anggaran 1 KM sahaja , bergantung di mana lokasi tempat kerja anda di Singapura. Cuma waktu pagi kalau tahan nak menghadap jem waktu masuk di Singapura ok lah.

Kerja Kosong di Singapura

Antara 4 Kelebihan Bekerja di Singapura melalui pengalaman yang di kongsikan oleh Hanizah Rashid adalah :

  1. Kedudukan Ekonomi di Singapura yang Stabil ( Pendapatan Meningkat = Nilai Mata wang Menaingkat )
  2. Kos Sara Hidup yang Rendah dan Gaji Tinggi kerana masih boleh menetap di Malaysia dan bekerja di Singapura
  3. Kurang Risiko Penipuan Majikan kerana anda akan di lindungi di bawah undang-undang buruh Singapura.
  4. Mudah berpatah balik , maknanya jika anda dah tidak berminat kerja di Singapura anda masih tidak jauh dari Malaysia.

Tapi, Ada Perkara Penting yang anda perlu tahu untuk untuk Bekerja di Singapura Antaranya Adalah :

1. Cara dan Strategi mencari kerja di Singapura

  • Adakah cara lain selain menggunakan agent atau anda pergi sendiri mencari kerja di sana di mana anda boleh jimat  ribuan ringgit ?

2. Apakah Dokumen-Dokumen yang di perlukan semasa mencari kerja di Singapura

  • Tahukah anda ? undang-undang di Singapura sangat ketat. Jika anda tertinggal 1 dokumen ini , anda tidak di benarkan masuk di Singapura dan mungkin nasib anda tidak diterima bekerja di Singapura dan mereka perlukan dokumen ASAL bukan Salinan.

3. Apakah pengangkutan harian yang sesuai di gunakan untuk masuk ke Singapura ?

  • Perkara ini anda patut ambil tahu sama ada sesuaiker pakai kereta , motor atau pengangkutan awam. Anda patut plan dulu sebelum mulakan kerja di sana.
  • Jangan anda buat perangai di Singapura, kerana kalau silap anda akan kerap mendapat saman dan bukan murah samannya pakai Sing Dollar tau.

4. Tempat Tinggal yang sesuai untuk anda atau keluarga anda

  • Pilihan jika bekerja di Singapura adalah paling dekat tinggal di Johor. Anda perlu tetapkan pilihan awal untuk penginapan anda sebelum bekerja di Singapura. Adakah cara lain kita boleh dapatkan tempat tinggal berdekatan atau di Singapura ? dan juga dengan kos yang rendah.

5. Antara perkara-perkara lain yang penting yang anda perlu tahu

  • Hal tentang gaji dan pembayaran gaji macam mana ?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja anda jika nak kerja di Singapura?
  • Apakah waktu bekerja di Singapura sama dengan di Malaysia?
  • Bagaimana waktu untuk solat? Adakah ruang solat disediakan bagi yang Muslim ?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan jimat?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon, adakah di benarkan?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Anda tidak fasih berbahasa inggeris, adakah anda tidak layak ? Perlukah fasih berbahasa inggeris?

So banyak persoalan yang anda belum pasti jika anda nak bekerja di Singapura. Oleh itu, apa kata anda dapatkan Panduan ini iaitu Panduan Kerja Singapura di mana segala penyelesaian untuk masalah anda Kerja di Singapura ada dalam panduan itu. Anda boleh klik melalui banner di bawah untuk dapatkan panduan itu. Pelaburan anda hanya RM 50 jer tapi anda boleh jimat beribu-ribu ringgit.

Dapatkan Panduan ini di sini = > [ Panduan Kerja Singapura ]

(Visited 9,198 times, 1 visits today)

Mohd Rawi Bin Othman

Jom Subscribe Newsletter

SUBSCRIBE Newsletter dari Blog MohdRawi.Com & anda tidak akan terlepas maklumat dari saya. Selain itu, Bonus percuma untuk dapat ilmu pemasaran online secara percuma serta cara ilmu buat duit online.

This field is required.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

10 thoughts on “Kisah Pengalaman Kerja Di Singapura Di Jadikan Panduan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top