Categories: BlogTip Percutian

Tutorial- Cara Nak Beli Tiket Bas Online Terkini

Pasti anda sedang mencari cara bagaimana untuk membeli tiket bas online. Jangan  risau, kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara mudah untuk beli tiket bas online tanpa anda perlu ke bergegas semak tiket di kaunter bas.

Cara tradisional sebelum ini, sebelum nak pergi ke mana-mana destinasi pasti saya akan pergi 2 minggu awal untuk tempah tiket bus di kaunter bus kerana takut tiket bus habis. Selepas berjaya membeli tiket bus, abang kaunter akan memberikan tiket kepada saya untuk saya pamerkan pada hari untuk naik bus.

Pengalaman yang saya tak boleh lupakan adalah, tiket bus tertinggal kat rumah waktu itu saya kelam kabut dah lambat untuk pergi ke terminal bus, tinggal berapa minit bus nak berlepas. Saya lupa maklumat no kerusi yang patut saya duduk dan akhirnya terpaksa saya beli tiket baru. Saya terpaksa menunggu beberapa jam kerana waktu tiket yang saya beli telah ditukar waktu. 

Sekarang senang, cara lebih modern dan pantas serta menjimatkan masa anda adalah dengan beli ticket bus online. Semua maklumat mengenai ticket anda akan berada di email. Jika ada apa-apa berlaku anda boleh rujuk maklumat daripada email untuk ticket bus online anda.

Kenapa saya memilih untuk beli tiket bus online ? 

  • Mudah dan pantas semakkan ada ticket bus ke tak hanya di hujung jari sahaja.
  • Tidak perlu berkejar untuk ke kaunter takut ticket habis.
  • Jimat masa beli ticket bus online hanya di mana-mana anda berada, yang penting ada internet .
  • Kadang-kadang ada diskaun promosi berbanding ticket di kaunter.
  • Maklumat booking ticket online boleh dapati di Email.

Di zaman teknologi serba canggih ni takkan kita nak menidakkan teknologi untuk kemudahan yang bakal anda perolehi. Anda boleh jadi pemudahcara untuk membantu orang lain yang tidak tahu untuk menggunakan teknologi ini.

Antara laman yang saya cadangkan anda boleh beli ticket bus online melalui laman ini. Sila klik link di bawah:

=> [ Bus Online Ticket

Tanpa membuang masa, saya kongsikan cara beli tiket bus online yang mudah anda ikuti semudah 1,2,3. Ianya mudah kalau anda sudah biasa membeli barang secara online. Konsep tempahan hampir sama sahaja. 

Cara Nak Beli Tiket Bus Online 

1) Klik link ini => [ Bus Online Ticket ]  atau klik butang tempah sekarang.

2) Buat pilihan untuk destinasi pergi atau balik atau pergi balik.

  • Sila buat pilihan pada ruangan saya dah tandakan seperti pada gambar di atas. Pilih destinasi anda, untuk kes tutorial kali ini saya akan menaiki bus dari kuala lumpur ke pasir gudang. Sila pilih tarikh anda akan menaiki bus. Selepas selesai, sila klik butang “Search Buses”.

3) Buat pilihan untuk jenis bus yang ingin anda tempah.

  • Selepas itu, anda akan mendapat paparan seperti gambar di atas. Mungkin senarai bus akan berbeza sedikit dari anda kerana ianya mengikut destinasi yang ingin di tuju. Anda boleh lihat senarai operator bus yang ingin anda tempah. “Departure Time” iaitu masa untuk menaiki bus pada pukul berapa dan palin penting saya akan lihat adalah pada tempat “pickup” iaitu lokasi di mana anda akan menaiki bus. Jangan salah buat tempahan ya, tempah lokasi lain tapi tunggu di lokasi lain.
  • Jika anda ingin melihat maklumat lanjut mengenai jenis bus anda macam mana anda boleh klik photo atau more info untuk maklumat lanjut.
  • Sila anda selesai membuat pilihan tekan butang “select” .

4) Buat pilihan tempat duduk idaman anda.

  • Inilah fungsi yang saya paling suka jika buat tempahan online, iaitu anda boleh pilih lokasi tempat duduk yang anda inginkan. Dalam kes kali ini saya suka paling hadapan kerana ingin lihat pemandangan hadapan bus dan lebih mudah . Warna biru yang terdapat pada paparan itu menunjukkan pilihan kerusi yang ingin anda tempah. Warna cream pada paparan “Available” bermaksud masih kosong lagi untuk anda lakukan tempahan. Manakala warna kelabu yang menunjukkan “Occupied” bermaksud kerusi itu telah orang lain tempah.
  • Selepas selesai anda memilih tempat duduk anda sila tekan “proceed” untuk langkah seterusnya.

5) Isikan Maklumat peribadi anda.




  • Sila isikan butiran anda dengan lengkap seperti nama anda, no telefon yang boleh di hubungi dan aktif, “ID No” anda boleh letakkan no kad pengenalan anda, email anda dan seterusnya jika anda ada Discount Code sila masukkan pada ruangan yang telah disediakan dan tekan apply. Jika anda ingin dapatkan “travel personal accident insurance” , sila tekan pada kotak sebelah get travel insurance…
  • Sebelah kanan anda terdapat beberapa maklumat penting yang perlu anda lihat untuk semakkan semula sebelum membuat bayaran. Antara yang penting adalah waktu menaiki bus (departure date), Lokasi menaiki bus (departing from) dan kawasan tiba di mana (Arriving at) . Semak juga maklumat pembayaran (Payment Summary) untuk semakkan. Selepas itu, pergi pilihan di bawah :

  • Selepas itu, sila buat cara anda ingin membuat bayaran, untuk kes kali ini saya memilih iPay88 kerana saya boleh membayar menggunakan payment gateway FPX. Selesai anda memilih cara pembayaran sila tekan pada kotak sebelah I confirm dan I agree, sila ikut paparan seperti di atas. Tekan “Proceed to Payment” untuk lakukan pembayaran.

6) Selesai Pembayaran

  • Selepas selesai pembayaran anda akan di bawah ke laman seperti paparan di bawah. Di situ anda boleh dapat lihat no rujukan anda (reference number) .
  • Sila buat semakan pada email anda selepas pembayaran kerana anda akan mendapat 2 email. Email yang anda dapat adalah pengaktifan untuk login keahlian (membership) jika anda belum pernah lakukan tempahan menggunakan platform Bus Online Ticket. Bagi saya penting untuk anda login kerana mudah anda boleh buat tempahan selepas ini dan boleh semak maklumat booking bus anda nanti.
  • Gunakan maklumat login yang di beri pada email untuk permulaan, selepas itu anda boleh tukar pasword nanti.
  • Lagi satu email yang akan anda terima adalah maklumat tiket anda. Sila lihat pada gambar di bawah:

Macam mana mudah bukan, hanya di hujung jari sahaja anda boleh dapatkan ticket bus online anda tanpa perlu beratur panjang untuk membeli di kaunter.

Tutorial yang saya berikan kali ini adalah untuk bus, tahukah anda, platform ini juga anda boleh gunakan untuk beli tiket keretapi online, beli tiket feri online, beli tiket bus dengan hotel dan airport transfer . Pandai-pandailah anda tengok satu-satu fungsi pada web ini. Tempahlah tiket bus online hari ini juga . Klik tempah sekarang !

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan berdsarkan pengalaman saya dalam tempah tiket bus online. Semoga pengalaman ini boleh membantu anda dalam membuat tempahan bus online dengan lebih mudah. Anda boleh juga lihat post artikel saya sebelum ini iaitu beberapa tip percutian yang mungkin sesuai dengan anda. Sila klik di sini untuk lihat beberapa tips percutian yang lain [ Tip Percutian ] .

Jika anda berminat untuk mencuba lagi satu sistem tiket bas online, anda boleh klik banner di bawah. Sistem tiket bas online ini pon mudah anda nak follow tutorialnya.

KLIK BANNER DI ATAS

Jika anda ingin mencari tempat penginapan menarik di Melaka anda boleh layari perkongsian saya di sini :

5 Tempat Penginapan Menarik Di Melaka Anda Patut Cuba >>

Mohd Rawi Othman

Seorang blogger tempatan yang suka berkongsi tips-tips pemasaran untuk perniagaan dan motivasi diri agar memberi manfaat kepada pembaca blog.

View Comments

    • Terima kasih kerana bertanya di ruangan chat. Biasa lepas dapat confirmation pada hari kejadian tunjuk confirmation tu di kaunter. Berdasarkan pendalaman saya anda menggunakan platform ini anda akan dapat tiket di kaunter nanti.

      Jika tidak jelas lagi mengenai penerangan saya anda boleh hubungi mereka. Terima kasih.

Share
Published by MohdRawi.Com
Mohd Rawi Othman

Recent Posts

Chalet Tepi Sungai Di Perak Yang Anda Patut Cuba.

Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…

12 months ago

Top Affiliate Marketing Programs Which You Can Make Money in Malaysia (2022)

Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…

3 years ago

ACCESSTRADE SUMMIT 2022 HAS SIGNIFICANTLY ENDED WITH GLORY!

Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…

3 years ago

Lalamove Increased Their Business Volume with The Help of Affiliate Marketing

Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…

3 years ago

Watch Out For The Latest Scams That Misuse ACCESSTRADE’s Company Name – ‘Warning Letter’ and ‘Part-Time Job’ ⚠️⚠️⚠️

ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…

3 years ago

6 Cara Menjual Di Shopee Terkini

Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…

5 years ago