Isi Kandungan
E-Penyata Gaji untuk kakitangan kerajaan kini lebih memudahkan kakitangan kerajaan untuk membuat semakan gaji secara online. Dengan adanya e penyata gaji yang di sediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, slip gaji kini boleh di semak secara online dan mudah di akses di mana sahaja. Kebiasaannya semakan ini boleh di buat sehari sebelum tarikh gaji kerajaan di keluarkan.
Untuk menyemak status anda, sila layari portal yang telah di sediakan oleh Jabatan Akauntan Negara. Sila lihat maklumat di bawah:
1. Layari : Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia
2. Layari : Semakan e penyata gaji ( semakan gaji secara online untuk kakitangan kerajaan )
3. Jika untuk mendapatkan panduan cara pendaftaran untuk e penyata gaji, anda boleh dapatkan di sini :
[ Panduan Pendaftaran e penyata gaji ]
Antara Fungsi lain yang istimewa yang terdapat pada sistem ini adalah anda boleh menyemak laporan pendapatan tahunan secara online. Penyata ini akan di simpan dalam sistem dan memudahkan anda boleh print pada bila-bila masa sahaja. Surat pekeliling yang telah dikeluarkan untuk perlaksanaan sistem e penyata gaji ini.
So jangan ketinggalan menggunakan teknologi ini. Kadang-kadang bila dah ada portal e penyata gaji ini ada juga menggunakan kemudahan ini untuk cek gaji suami atau isteri atau sewaktu dengannya.. huhu.. terpulanglah.. asalkan anda menggunakan maklumat ini dengan sebaiknya.
Itu sahaja daripada admin. Di harap maklumat ini dapat memberikan sedikit sebanyak bantuan untuk mengetahui cara dan tujuan menggunakan portal e penyata gaji ini.
Sumber rujukan anm.gov.my e-penyata gaji