Categories: BlogInfo Semasa

Cara Menyimpan Duit Untuk Gaji Yang Kecil

Hari ini saya nak kongsikan Cara Menyimpan Duit Untuk Gaji Yang Kecil . Selalunya, kita sering merungut gaji selalunya tidak cukup, kenapa ? persoalan ini selalu timbul kepada mereka yang mempunyai pendapatan gaji yang kecil.

Kalau ikutkan, walau gaji RM 5K sekali pun tapi kalau kita tidak tahu cara untuk menyimpan, pasti anda bakal menghadapi petanda-petanda duit tidak cukup. So apa penyelesaian untuk masalah ini sebenarnya ?

Untuk post kali ini saya akan kongsikan beberapa Tip Jimat yang selalunya kita terlepas pandang dan sebenarnya mudah untuk diikuti. Walau anda mempunyai gaji yang rendah sekali pun anda boleh cuba amalkan tip menyimpan ini.

Antara Cara Menyimpan Duit Untuk Gaji Yang Kecil adalah : 

1. Berbelanja Mengikut Keperluan Bukannya Melebihkan Kehendak

  • Apakah Itu Keperluan ?

    – Sesuatu yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dengan sempurna
    contoh: Makanan, Tempat Tinggal , Pakaian

  • Apakah itu Kehendak ?

    – Sesuatu yang ingin dimiliki
    contoh : Telefon, Barangan Hiasan , Alat Permainan

Anda boleh juga menyimpan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini tetapi jangan sampai anda tidak mampu untuk menanggung keperluan seharian. Jangan menggunakan kad kredit sebagai tiket untuk memenuhi kehendak anda. Jika terlalu banyak hutang dibebani oleh anda, semakin lama hidup hanya dapat gaji untuk langsaikan hutang sahaja. Duit Lebih Sebulan itu, anda boleh simpan.

Semakin lama, semakin susah kita nak lakukan simpanan mungkin kerana taraf hidup kini semakin lama semakin tinggi. Cuma kita perlu berjaga-jaga keadaan ekonomi pada masa akan datang.

2. Berbelanja Mengikut Promosi & Tawaran Yang Diadakan.

– Saya lebih suka berbelanja lebih ketika adanya promosi atau diskaun pada barangan yang dirasakan perlu pada masa akan datang atau sekarang. Selalunya laman  kedai online ini biasanya kerap melakukan promosi hampir setiap bulan. Cuma mungkin anda tidak perasan akan kewujudan laman ini. Sila ke Post saya yang lama di sini untuk dapatkan senarai laman E-Commerce Malaysia. [ Senarai Laman Web Online Shopping ] 

Selain itu ada juga beberapa shopping kompleks, Farmasi, Hiburan dan lain-lain di Malaysia ini sudah mengamalkan sistem “email marketing” atau aplikasi mobile dimana mereka akan email  atau memberi notifikasi berkaitan tawaran promosi & diskaun yang di adakan kepada pelanggan-pelanggan mereka melalui email. Contoh seperti Aeon Big, Tesco , Jusco, Air Asia, Watson,  dan lain-lain lagi.

Jika anda berminat untuk mendapatkan promosi hotel dengan harga diskaun anda boleh rujuk post saya sebelum ini berkaitan tip mencari hotel bajet. Sila klik link ini . [ Tip Mencari Hotel Bajet ] 

Jika anda berminat untuk tahu cara bagaimana Tip Jimat Elektrik ? Klik sini untuk maklumat lanjut [ Cara Jimat Elektrik ] 

Biasanya saya akan membeli banyak ketika ada MyCyberSale yang bakal dijalankan pada bulan oktober 2017. So simpan duit anda dari sekarang dan berbelanja secara berhemah.

3.  ” Main Duit KUTU”

– Mungkin ada ramai dah tahu mengenai kewujudan istilah ini, dan mungkin ada juga masih tidak tahu mengenai istilah ini. Jika ada kawan-kawan lain boleh terjemah kepada bahasa yang lebih mudah difahami sila berikan pendapat diruangan komen dibawah post ini.

Biasanya orang perempuan lebih berminat menyertai aktiviti seperti ini. Duit Kutu ini merupakan salah satu strategi menyimpan sebenarnya dimana mereka yang menyertainya mestilah saling mempercayai antara satu sama lain serta amanah dalam menjalankan aktiviti ini. Contoh ada 6 orang yang menyertai strategi ini dan nilai sebulan untuk setiap orang perlu berikan RM 100.

Mereka dalam group itu akan cabut undi dimana meraka yang pertama sekali akan mendapat duit pada bulan pertama ( RM 100 x 6 = RM 600 ) selepas tu, kita perlu memberikan RM 100 itu sehingga kepada orang yang ke-6, baru selesai aktiviti ini.

Biasanya aktiviti ini tidak dianjurkan secara besar-besaran kerana risiko mereka yang mendapat duit awal untuk tidak membayar sehingga orang yang terakhir mendapat duit itu tinggi. Biasanya, ianya dianjurkan dikalangan jiran-jiran, saudara mara atau adik beradik.

Apakah Hukum Main Duit Kutu mengikut Islam ? 

Di bawah merupakan petikan video untuk tontonan anda.

position=center

Anda Masih Tidak dapat menyimpan duit bulanan anda? 

-Jika anda masih tidak berjaya menyimpan, saya mencadagkan anda untuk dapatkan Panduan Tip Jimat yang baru dilancarkan oleh tuan Zahid Zainal. Beliau menyatakan lebih terperinci langkah demi langkah semudah 1,2,3 sahaja untuk anda ikuti.

Antara panduan yang beliau berikan secara terperinci adalah : 

  1. Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  2. Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  3. Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  4. Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
  5. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  6. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  7. Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
  8. Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
  9. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
  10. Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  11. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  12. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  13. Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
  14. Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru

Jika anda berminat untuk dapatkan panduan ini sila klik link ini = > [ Panduan Tip Jimat ] 

Atau anda boleh Klik Banner Dibawah :

Setakat ini 3 dahulu tip yang saya kongsikan untuk post kali ini. Insyallah saya akan kongsikan pada post yang akan datang. Jika anda rasakan tip ini berguna untuk anda, sila kongsikan kepada mereka yang memerlukan.

Mohd Rawi Othman

Seorang blogger tempatan yang suka berkongsi tips-tips pemasaran untuk perniagaan dan motivasi diri agar memberi manfaat kepada pembaca blog.

View Comments

  • Bila baca artikel ni rasa insaf pulak... Bila memikirkan kesilapan demi kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini ketika berbelanja... :(

    • Thanks komen diruangan ini. Artikel ini adalah peringatan bersama. Insyallah ianya boleh membantu kita berjimat selepas ini.

  • Kena amalkan sikap berjimat... kadang2 hati tu memang nak berjimat, sedar tak sedar, duit entah ke mana..

    Kena ada strategi, baru dapat jimat dan simpan duit yang lebih

Share
Published by MohdRawi.Com
Mohd Rawi Othman

Recent Posts

Chalet Tepi Sungai Di Perak Yang Anda Patut Cuba.

Anda tercari-cari chalet tepi sungai di Perak ? hari ini saya nak kongsikan pengalaman kami…

5 months ago

Top Affiliate Marketing Programs Which You Can Make Money in Malaysia (2022)

Photo: cnbc.com Affiliate marketing is a form of marketing technique used by companies, which employees…

2 years ago

ACCESSTRADE SUMMIT 2022 HAS SIGNIFICANTLY ENDED WITH GLORY!

Tokyo, March 16 2022 – This year, along with the celebration of its 21st anniversary, the largest…

2 years ago

Lalamove Increased Their Business Volume with The Help of Affiliate Marketing

Affiliate marketing is a flourishing industry. Both the merchants and publishers are making a profit…

2 years ago

Watch Out For The Latest Scams That Misuse ACCESSTRADE’s Company Name – ‘Warning Letter’ and ‘Part-Time Job’ ⚠️⚠️⚠️

ACCESSTRADE’s company name is once again being misused in online scams! Therefore, we would like…

2 years ago

6 Cara Menjual Di Shopee Terkini

Terima kasih kerana berminat untuk tahu cara menjual di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee Kini…

4 years ago