Isi Kandungan
Hari ini saya berminat lagi sekali kongsikan Lubuk Bisnes Online tanpa modal khas untuk pembaca yang tercari- cari sumber di mana anda boleh dapatkan barangan dengan harga murah dan anda boleh jual dengan harga semasa. Dengan nama lain anda adalah seorang agent pemasaran secara online yang mengambil untung daripada hasil penjualan itu.
Oleh kerana taraf hidup di Malaysia semakin tinggi, ramai di antara kita inginkan beberapa sumber pendapatan sampingan selain seharian bekerja. Saya rasakan Bisnes Online ini merupakan salah satu cara untuk anda menjana pendapatan secara online, untuk permulaan tanpa modal yang banyak.
Sebelum ini saya ada kongsikan 3 Idea Bisnes Online tanpa modal di mana anda boleh mendapatkan idea-idea perniagaan secara online. Untuk anda memahami apa itu agen pemasaran secara online saya cadangkan anda boleh membaca dahulu post 3 Idea Bisnes Online tanpa modal.
Hari ini saya nak kongsikan Lubuk Bisnes Online di mana anda boleh dapatkan barangan yang boleh di jual di online dengan harga yang murah.
Antara Lubuk Bisnes Online yang anda boleh layari adalah :
– Website ini mempunyai pelbagai tawaran yang menarik dengan harga murah. Anda juga boleh bandingkan harga yang mana lebih menarik dan boleh mendapat untuk yang banyak jika anda menjual secara online. Saya biasa banyak mencari barangan seperti gadget yang menarik, permainan kanak-kanak yang sesuai di jual secara online. mungkin anda boleh mencuba sendiri membeli dan menjual kepada rakan-rakan anda yang terdekat.
2) 11street.my
– Saya kadang-kadang tertarik melihat jika ada promosi yang menarik seperti diskaun. Apa yang menarik 11street.my ini adalah dia menjual barangan dan mempunyai temanya tersendiri. Sebagai contoh Korea Festival at 11street, so waktu itu banyaklah promosi dan fesyen yang di jual dengan harga yang berbaloi-baloi.
3) Mudah.my
– Mudah.my merupakan salah satu tempat rujukan saya jika nak mencari barangan yang diperlukan. Antara idea perniagaan yang saya boleh cadangkan untuk bisnes online 2015 di mudah.my ini adalah anda mencari property atau kereta yang hendak dijual atau disewa diiklankan di mudah.my dan anda boleh hubungi untuk menjadi agent pemasaran kepada mereka. Tetapi berhati-hati dengan cara ini pastikan anda mempunyai surat bertulis ( agreement) bagi mengelakkan komisen anda tidak di bayar.
4) Lubuk Borong Barang Dari China Tanpa Perlu Pergi ke China
-Seperti anda sedia maklum, china merupakan syurga membeli belah pelbagai barangan. Ramai ingat peniaga-peniaga di Malaysia ni asal nak beli barangan dari China sahaja perlu pergi sana dan buat pemerhatian harga mana terbaik. Dari perkongsian rakan saya yang pergi mencari barang di China mereka katakan paling kurang sebulan baru berbaloi buat “survey” harga pasaran sana.
-Tapi semua itu boleh di selesaikan dengan panduan yang Lubuk Borong China rahsia taobao. Panduan ini merupakan paling selamat cara anda boleh memborong barangan dari china tanpa perlu ke china.
Jika anda berminat untuk dapatkan panduan Lubuk Borong China anda boleh dapatkan di sini => Rahsia TAOBAO
Selepas anda sudah melayari beberapa cadangan lubuk barangan murah anda boleh dapatkan beberapa tips yang pernah saya kongsikan pada laman ini.
Layari Juga :
> 3 Idea Bisnes Online Tanpa Modal
>Jika Anda Pengguna Tegar Facebook Ads, Pasti Anda Akan Bertukar Fikiran Selepas Membaca Entry ini.
>4 Sumber Idea Menulis Artikel | Khas untuk Newbie
banyak sebenarnya saluran untuk bisnes tanpa modal ni, kena rajin mencari
raihanah recently posted…Nak kurus? Jauhi gula
Pingback: 7 Idea Perniagaan Dari Rumah [UPDATE 2020] | MohdRawi.Com