Isi Kandungan
Anda mesti tercari-cari Cara Daftar SSM Online . Baru-baru ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) telah memperkenalkan satu sistem pendaftaran serta pembaharuan perniagaan yang mudah secara online. Tujuan sistem ini mereka perkenalkan kerana terdapat banyak permintaan untuk pembaharuan serta perniagaan di lakukan secara online, ada yang tak boleh beri komitment masa kerja maka ini berita baik kepada mereka yang bekerja tapi berminat untuk berniaga secara sah berdaftar dengan SSM.
Kepada mereka yang baru nak daftar perniagaan dengan SSM anda boleh rujuk terus pada video di bawah :
Atau layari laman www.ssm.com.my/ms untuk mengetahui sedikit maklumat mengenai jenis-jenis pendaftaran perniagaan. Anda juga boleh follow laman facebook mereka untuk ikuti perkembangan mereka melalui facebook. [ SSM Official Page ]
Untuk melihat cara Pendaftaran Syarikat di SSM anda boleh rujuk video di bawah :
Jika anda tiada masa yang banyak untuk lakukan pendaftaran di kaunter SSM berdekatan anda boleh Daftar SSM Online melalui portal ezbiz.ssm.com.my. Anda perlu dapatkan ID ezbiz online sebelum boleh menggunakannya. Caranya adalah sila klik video di bawah :
Atau anda boleh melihat langkah-langkah berikut :
Cara-cara mendapatkan ID bagi ezbiz online :
1) Lakukan Pendaftaran sebagai pengguna portal di ezbiz.ssm.com.my menggunakan e-mel yang aktif dan sah.
A. Klik Register : Masukkan nama mengikut IC dan Number Ic Anda.
B. Lengkapkan borang sehingga selesai lepas tu klik “Save”
Note: *Jangan Lupa tekan tick pada ” declaration” , kerana penting untuk pendaftaran.
C. Bila anda mendapat seperti gambar dibawah, bermakna anda sudah selesai langkah mendaftar secara online.
D. Sila semak email anda untuk tujuan pengaktifan di kaunter. Jangan lupa bawak IC anda dan Salinan Email ini apabila berada id kaunter SSM di Mana-mana cawangan berhampiran anda.
2) Sila pergi mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima melalui e-mel pengguna
3) Lakukan Pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup)
4) Setelah selesai segala urusan anda boleh gunakan ezbiz online serta merta.
SSM juga ada menawarkan pembaharuan perniagaan SSM melalui KIOS. Boleh didapati di Menara SSM KL Sentral, KPDNKK Putrajaya dan UTC Pudu Sentral. Akan datang di semua pejabat SSM seluruh negara. Jika anda berminat untuk lakukan pembaharuan perniagaan melalui KIOS anda boleh rujuk cara pembaharuan perniagaan melalui kios pada video di bawah :
Untuk pengetahuan anda juga SSM ada juga menawarkan maklumat melalui aplikasi mobile SSM. Jika anda berminat untuk mengetahui apa yang mereka tawarkan dalam aplikasi mobile mereka sila klik video di bawah :
Segala sumber rujukan ini saya ambil melalui laman facebook SSM official dan juga Youtube Channel SSM. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran syarikat di SSM, anda boleh terus hubungi mereka melalui laman sesawang mereka di http://www.ssm.com.my/.
Harap maklumat ini menjawab beberapa persoalan di fikiran anda. Jika anda rasakan maklumat ini berguna sila kongsikan kepada mereka yang memerlukan dan jangan lupa untuk tinggal jejak anda pada ruangan komen di bawah. Saya amat-amat menghargai segala komen anda.
Lihat Juga beberapa perkongsian saya sebelum ini di sini :
- 4 Lubuk Bisnes Online
- RAHSIA BISNES AISKRIM UNTUNG RM5K
- Idea Bisnes Tanpa Modal
- 5 idea perniagaan yang menguntungkan
Memang tepat ke blog ni sebab Eraz memang dalam perancangan nak daftar SSM.. Dah bookmark!! TQ..
http://www.erazfadli.com
thanks… harap maklumat ini boleh membantu anda ..
Pingback: Cara Semakan Status BRIM 2017 | MohdRawi.Com
Pingback: 3 Bisnes Mudah Dan Untung | MohdRawi.Com
Terima kasih tuan atas perkongsian, sangat membantu.
terima kasih di atas komen anda .. jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan.